Day: November 25, 2019

Julia Ziegler Mabuk Dan Bersikap Kurang Sopan Di Kota Sydney?

Julia Ziegler Mabuk Dan Bersikap Kurang Sopan Di Kota Sydney?

Kecoh baru-baru ini tentang seorang pelakon wanita berdarah kacukan telah mabuk di tengah tengah kota Sydney dan menunjukkan perangai kurang sopan dikhalayak ramai. Siapakah pelakon itu?

Dengar-dengar ia merupakan Julia Ziegler. Betul ke?

Khabar buruk ini terpalit sekali dek kerana beliau baru baru terbang ke Sydney, Australia untuk menjalani satu penggambaran dan kebetulan, semua tahu beliau berdarah kacukan.

Julia agak terkejut dengan kenyataan ini dan berkata dalam satu laporan akhbar, “Eh, mana ada! Mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai). Memanglah saya ni jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini”

“Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini!.”

Hah, kalau tuan empunya badan sudah berkata begitu, janganlah kita berfikir yang bukan-bukan. Kita tunggu saja siapa sebenarnya pelakon berdarah kacukan itu. Nanti pasti akan pecah tembelang walau disorok sedalam mana sekali pun.…

Yuna Berkolaborasi Dengan Owl City Untuk OST Filem Animasi The Croods

Yuna Berkolaborasi Dengan Owl City Untuk OST Filem Animasi The Croods

Yuna Berkolaborasi Dengan Owl City Untuk OST Filem Animasi The Croods – Nampak gayanya semakin bersinar kerjaya Yunaliz Zarai dalam bidang nyayian yang kini sedang bertapak di bumi Amerika Syarika. Terbaru di khabarkan pelantun Terukir Di Bintang ini berkolaborasi dengan bukan calang-calang iaitu Owl City.

Yuna Berkolaborasi Dengan Owl City Untuk OST Filem Animasi The Croods

Sebelum ini dimaklumkan lagu Yuna sudah beberapa kali  digunakan oleh produksi Hollywood dan terbaru beliau dipilih untuk bekerjasama dengan Owl City untuk sebuah runut bunyi filem animasi, The Croods.

Owl City pernah menyumbangkan karya beliau untuk dua filem animasi berskala besar sebelum ini iaitu Legend Of The Guardians dan Wreck-It Ralph, kali ini tampil dengan Shine Your Way.

Beberapa media Hollywood menyebut yang lagu bersama Yuna ini lebih menarik dan catchy manakala temponya berbanding duet Owl City & Carly Rae Jepsen melalui lagu Good Time yang hits sebelum ini.

Gambar Erin Malek Dan Keluarga Bercuti Ke Brisbane, Australia

Gambar Erin Malek Dan Keluarga Bercuti Ke Brisbane, Australia

Gambar Erin Malek Dan Keluarga Bercuti Ke Brisbane, Australia  – Nampak gayanya, musim cuti perayaan ini, ramai selebriti yang mengambil kesempatan untuk terbang ke luar negara untuk bercuti bersama keluarga tercinta.

Difahamkan pelakon yang semakin menempa nama didalam dunia lakonan, Erin Malek juga turut bercuti ke Brisbane, Australia bagi meluangkan masa bersama keluarganya.

Khabarnya, Erin berada di sana selama seminggu dan telah pulang ke tanah air pada 15 Ogos lalu.

Menerusi gambar di atas ramai yang menyatakn ibu aktress ini kelihatan seperti adik-beradik dan ada yang memuji kecantikan yang dimiliki oleh ibu Erin.

Dibawah kami kongsikan beberapa keping lagi foto Erin dan keluarga bercuti ke Brisbane, Australia. Enjoice.

Hans Isaac Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini

Hans Isaac Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini

Hans Isaac Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini – “Siapa yang tak mahu kahwin. Saya juga mahu berkahwin tetapi saya perlukan masa yang lebih untuk mencari miss right saya yang sebenarnya.”

Hans Isaac Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini

Itulah penjelasan penerbit dan aktor Cuci The Musical, Hans Isaac apabila diajukan persoalan mengenai bilakah beliau akan menamatkan zaman solonya.

Menurut Hans, setelah beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini beliau sedikit sebanyak mengakui perkara yang terjadi itu menyebabkan beliau terlalu berhati-hati dalam memilih pasangan pada masa ini.

“Segala kisah kegagalan cinta yang lalu adalah guru terbaik buat saya dalam menilai cinta hari ini serta mengajar dan mematangkan diri.:

“Saya sudah penat bercinta dan berkawan, kalau boleh saya ingin terus mencari wanita yang sesuai dan terus berkahwin,” ujar Hans.

Tambah penerbit ini, beliau merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini atau setidak-tidaknya pada pertengahan tahun depan.

“Itu adalah target saya dan berharap apa yang di rancang terlaksana.”

Hans turut mengulas mengenai hubungan beliau dengan pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Neelofa adalah sebagai teman rapat.

Perkembangan terbaru, Hans bakal muncul dengan filem terbaru terbitan syarikatnya Tall Order Production (TOP), Lawak Ker Der 2 pada 7 Mac ini.

Oleh: MyArtis.My

Engku Emran Pujuk Erra Fazira Kembali, Erra Minta Hormat Privasi

Engku Emran Pujuk Erra Fazira Kembali, Erra Minta Hormat Privasi

Agak sedih jugalah bila memikirkan tentang penceraian Erra Fazira dan Engku Emran. Tambahan dengan anak mereka, Engku Aleesya yang seolah-olah mengharapkan ibunya kembali ke pangkuan ayahnya. Disebabkan itu, Engku Emran bersama usaha untuk memenangi semula hati isterinya telah menulis caption menggunakan  gambar Engku Aleesya yang sedang memakai baju T bertulis #prayformomandayah :

Engku Emran Pujuk Erra Fazira Kembali

Salam ALL…ok this wil be my last pix for tday and id like to dedicate this posting to ALL of u who hv doa-ed fr the best for this innocent girl’s parents…tq fr giving me the idea to create the hashtag on her baju…we were in KLCC last nite to look fr a place that can do as such but failed…but Alhamdulillah tday Aleesya n I managed to find a shop that wud do it…

last nite Aleesya n I had an intimate chat again…i asked her if she wud help me win back Mom…and she replied YES!!! wtout hesitating followed by a looooong giggle…Aleesya only giggles when shes v excited????…im not ashamed to show that i stil hv strong n steep feelings fr SA simply bcoz SA n i know we r not at fault fr what happened on 18/2…like sum of u commented tday i need to make the first move…

fyi i hv done so 3 days ago when i texted SA expressing my undying feelings fr her…yes i hv always been the CHASER n i like it that way…coz thats the nature of human being…im not prepared to share what actually happened thru out our marriage bcoz its really2 personal…but i really do hope n need ALL ur prayers n doa yg terbaik fr the 3 of us…Aleesya is 50% of me…and the other 50% of Ayah is wt Mom…hence pls #prayformomandayah as Aleesya’s tshirt reads…Wsalam.

Nampaknya demi Aleesya, Engku Emran yang masih jelas sayangkan Erra Fazira telah menebalkan muka untuk memujuk isterinya itu secara terbuka di internet. Namun, ianya telah membuatkan Erra Fazira terkejut dan meminta bekas suaminya itu menghormati privasinya.

“Tolong hormati privasi saya. Tiada ibu bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya,” kata Erra dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menjawab komen dan respon positif yang diberi peminat yang nampaknya turut menyokong tindakan Engku Emran, “Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik.”

Hmmm, kalau ikutkan, memanglah elok kalau mereka ini berbaik. Namun, bak kata Erra, hanya Tuhan dan mereka saja yang tahu apa yang mereka lalui. Jadi, kami doakan semoga mereka berdua membuat keputusan yang baik bukan saja untuk diri sendiri, tapi juga untuk anak mereka, Aleesya.…

Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Ashraf Muslim Punca Pertunangan Mereka Putus

Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Ashraf Muslim Punca Pertunangan Mereka Putus

Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Ashraf Muslim Punca Pertunangan Mereka Putus – Ya, memang kali ini kami masih bercerita mengenai konflik Ashraf Muslim. Apa yang lebih mengejutkan, seorang lelaki tampil menerusi rancangan Melodi TV3 pada hari semalam mendakwa pertunangannya putus angkara Ashraf Muslim yang menjalinkan hubungan dengan tunangnya itu.

Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Ashraf Muslim Punca Pertunangan Mereka Putus

Lelaki yang tidak dinyatakan namanya mengakui pernah bertunang dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi yang kini sah menjadi isteri kedua Ashraf.

Menurut beliau, hubungan Ashraf dengan Sakinah sudah berjalan sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada Dayana lagi dan bukannya baru bermula sejak sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin.

Jelasnya lagi, pada ketika Ashraf dan Dayana bertunang pada masa yang sama dia dan Sakinah masih dalam ikatan pertunangan.

“Pertunangan saya dan Sakinah terputus 25 hari sebelum kami melangsungkan perkahwinan dan pada masa itu saya memang frust, kerana saya sudah hampir berkahwin.

“Saya tidak boleh menafikan yang pertunangan kami terputus kerana Sakinah ada hubungan dengan Ashraf Muslim.

“Alhamdulillah, apa yang Ashraf Muslim nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti,” ujar lelaki tersebut menerusi Melodi.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa beliau pernah menyatakan bekas tunangnya itu menjalinkan hubungan dengan Ashraf namun tidak dipercayai orang kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz.

Beliau turut mendoakan kebahagian buat Ashraf dan bekas tunangnya. Selain itu, dia juga berharap agar Ashraf berterus terang kepada pihak media dan orang ramai kerana tidak salah berpoligami.…

Aaron Aziz Pernah Berlakon Dan Menari Dalam Siri ‘Cinta Bollywood’

Aaron Aziz Pernah Berlakon Dan Menari Dalam Siri ‘Cinta Bollywood’

Bukan selalu kita dapat mengimbau semula awal-awal pembabitan selebriti yang kelihatan jauh dari apa mereka kelihatan sekarang. Baru-baru ini, video lama yang merupakan video lakonan awal Aaron Aziz telah didedahkan di YouTube. Ia merupakan tayangan di Singapura dan menunjukkan Aaron Aziz yang kelihatan amat muda.

Video ini adalah merupakan sedutan dari drama ‘Cinta Bollywood’ menunjukkan Aaron membuat tarian Bollywood dan kelihatan agak keras pergerakannya. Agak kelakar jugalah bila dilihat. Tengok di sini : http://www.youtube.com/watch?v=HAxxdWq9Rlg#t=187

Drama ini khabarnya telah membantu menaikkan nama Aaron Aziz tetapi juga memberi peluang kepada dia untuk membawa pulang anugerah Best Male Actor in Supporting Role dalam (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dalam Anugerah Pesta Perdana 2002.

Pada sekitar 2004-2005 barulah Aaron Aziz berpeluang berlakon dalam drama terbitan Malaysia sehingga ada tawaran demi tawaran yang diterimanya dari syarikat produksi di Malaysia.

Aaron memang mula dari bawahkan?

Sekarang lihatlah kejayaan beliau. Mungkin ini boleh memberi inspirasi sedikit sebanyak kepada pelakon-pelakon baru. Kalau anda mahu saksikan siri ini, bolehlah cari di YouTube.…

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2014 (APM2014)

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2014 (APM2014)

Tahniah buat pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2014 terutamanya wakil dari Malaysia yang berjaya membanggakan negara. Dato Siti Nurhaliza, Wings dan Fynn Jamal adalah antara nama-nama yang berjaya merangkul anugerah masing-masing.

Acara itu dihoskan oleh Dyn Norahim, Nabil Ahmad dan Sarah Sechan dihadapan 3,500 penonton.

Penganjuran anugerah gemilang itu dianjurkan sejak 2001 bagi mengiktiraf bakat industri muzik Melayu dari tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan 19 kategori dipertandingkan.

Berikut adalah senarai pemenang :

Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2014

Artis Baru Terbaik (Lelaki)

Tulus – artis terbaru dari Indonesia

Artis Baru Terbaik (Wanita)

Fynn Jamal

Nova Media Sosial

Khareez Kasbulah

Ikon Media Sosial

Taufik Batisah

Artis Paling Popular (Singapura)

Taufik Batisah

Lagu Paling Popular (Singapura)

Ikrar Kasih – Taufiq Batisah

Lagu Paling Popular APM

Dia Dia Dia – Fatin Shidqia Lubis

Artis Paling Popular (APM)

Noah

Band Terbaik

Noah

Kolaborasi Terbaik (Artis)

Kalau aku kaya- Awi Rafael Dan Altimet

Kolaborasi Terbaik (Lagu)

Mimpi – Aisyah Aziz

Artis Terbaik (Lelaki)

Judika

Artis Terbaik (Wanita)

Datuk Siti Nurhaliza

Duo / Kumpulan Terbaik APM 2014

Hafiz dan Rossa

Lagu Terbaik Singapura

Tiada Pengganti – Sufie Rashid

Lagu Terbaik Malaysia

Lebih Indah – Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Terbaik Indonesia

Setelah Kau Tiada – Cakra Khan

Lagu Terbaik APM

Setelah Kau Tiada – Cakra Khan

Anugerah Khas Planet Muzik

Wings…

Foto Majlis Akikah Anak Linda Rafar & Syed Aiman

Foto Majlis Akikah Anak Linda Rafar & Syed Aiman

BEKAS anggota kumpulan Elite, Linda Rafar dan suami, Syed Aiman hari ini mengadakan majlis akikah buat anak ketiga pasangan tersebut, Syed Rizaliif Syed Kamaruzaman.

Majlis bertemakan warna hijau itu dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat pasangan selebriti terbabit.

Syed Rizaliif dilahirkan secara pembedahan pada 8 April di Hospital Gleneagles, Ampang.

Linda dan Aiman mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki, Syed Rezaqiib, 8, dan Syed Rezariiq, 5. – MYNEWSHUB.CC

Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter?

Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter?

Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter? – Kami tidak pasti berapa ramai antara anda yang perasan, namun Shila Amzah ada katakan sesuatu pada minit ke 145 Anugerah Planet Muzik 2012 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter?

“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya, dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya. Saya tak tahu mana dia pergi.” ujar Shila Amzah.

Kenyataan itu di’buat sebelum beliau menyampaikan anugerah Lagu Terbaik & kami ingatkan Shila Amzah sekadar bergurau sehinggalah terbaca respons Sharnaaz Ahmad di Twitter.

Seorang peminat di forum Cari melampirkan screenshot tulisan Sharnaaz Ahmad yang tidak berpuashati dengan Taufik Batisah dan kemungkinan juga terhadap Shila Amzah.

Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter?
Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter?

Ada dua kemungkinan dalam kes lepas geram Sharnaaz Ahmad kali ini, sama ada beliau memang cemburu dengan Taufik Batisah atau kurang senang dengan gurauan Shila Amzah.

Namun, Sharnaaz Ahmad telah pun memadam tulisan tersebut dan mendakwa seseorang telah menceroboh akaun Twitter beliau pada pagi semalam sekitar 6.30 pagi. Betul ke?

Sumber

Oleh : MyArtis.My

Gambar Mamat dan Kekasih Baru

Gambar Mamat dan Kekasih Baru 

Setelah putus cinta kira-kira 2 tahun lalu, nama Mamat semakin jarang didengar dalam dunia hiburan tanah air. Pada malam Anugerah Lawak Warna yang berlangsung bebarapa hari lalu, Mamat tampil bersama kekasih barunya yang dikenali dengan nama,  Nurul Syafiqah Zakaria.

Meskipun sedang menjalinkan hubungan cinta namun Mamat mengakui masih belum memikirkan hal kahwin kerana mahu buah hatinya itu menumpukan pada pengajiannya terlebih dahulu.

“Dia sedang mengikuti pengajian dalam bidang International Business di MSU Shah Alam jadi saya mahu dia habiskan belajar dahulu dan bila sudah selesai baru kita rancang agenda seterusnya. Kalau saya nak kahwin mesti saya umumkan,” ujarnya yang sudah lebih setahun mengenali Syafiqah.

Dalam pada itu, pelawak ini turut mengakui pada mulanya hubungan mereka biasa sahaja namun lama kelamaan timbul keserasian di antara mereka berdua sehinggala timbulnya bibik-bibik cinta.

Mengulas mengenai perkembangan terbarunya, Mamat menyatakan dia bakal membuat kemunculan semula bersama Rahim R2 dan Munir dalam pentas Maharaja Lawak Mega pada November ini dengan menggelarkan kumpulan mereka, KUCAI.…

Bront Palarae Akui Sudah Berkahwin, Sabtu Lalu

Bront Palarae Akui Sudah Berkahwin, Sabtu Lalu –

Selepas berdolak-dalik mengenai kesahihan berita perkahwinan, akhinya, Bront Palarae mengakui sudah bernikah pada hari Sabtu lalu bersamaan dengan 31 Ogos.

Pengakuan tersebut dibuat oleh aktor berkenaan menerusi Yahoo! Malaysia dan dia memohon maaf kepada semua pihak kerana merahsiakan berita perkahwinannya baru-baru ini.

“Ya, saya mengaku sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja.”

“Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa isterinya merupakan seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur dan mereka mula berkenalan pada 1999 ketika masing masing baru memulakan kerjaya.…

Farah Asyikin Sah Cerai Talak Satu, Bayar Tebus Talak RM100

PENYANYI

Farah Asyikin disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley secara tebus talak di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah telah memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak kepada Zaahier yang berasal dari Afrika Selatan sebanyak RM100.

Memetik sumber mStar, Farah diwakili peguam syarie, Siti Maisyarah Hashim.

Selebriti itu memfailkan penceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.

Farah dan Zaahier bernikah pada 15 Februari 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ebrahim Owais, dua tahun. – MYNEWSHUB.CC…

Pencuri Duit RM50,000 milik Lisa Surihani Sudah Di Ketahui

Pencuri Duit RM50,000 milik Lisa Surihani Sudah Di Ketahui –

Berhubung kes kehilangan wang sebanyak RM50,000 milik Lisa Surihani yang lesap dari akaun bank beliau kini pihak polis sudah menahan seorang wanita yang merupakan seorang kakitangan bank.

Pencuri Duit RM50,000 milik Lisa Surihani Sudah Di Ketahui

Laporan tersebut telah disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial K. Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Tertuduh yang merupakan kakitangan bank itu telah membuat pembatalan pada kad ATM milik Lisa Surihani kemudian membuat salinan kad ATM yang baru. Setelah itu, kakitangan bank tersebut telah melakukan pengeluaran wang berjumlah RM50,000 dari akaun Lisa.

Lisa yang turut mengulas mengenai perkembangan terbaru ini berkata, beliau sangat bersyukur kerana kes ini sudah hampir selesai dengan tertangkapnya individu tersebut dan sangat menghargai kerjasama yang diberikan oleh polis dan bank.

Oleh: MyArtis.My

Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya

Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya –  

Umumnya mengetahui bahawa tahun ini merupakan tahun pertama buat penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek menyambut Aidilfitri bersama dengan isterinya, Leuniey Natasha.

Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya

Tatkala melihat foto Leuniey, nampak gayanya semakin berseri-seri mukanya sejak mengandung ini. Dibawah kami kongsikan lagi gambar pasangan hangat ini.

Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya
Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya
Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya

Tyzo Suria Fm Diberhentikan Kontrak Tanpa Notis!

Tyzo Suria Fm Diberhentikan Kontrak Tanpa Notis! –

DJ popular Suria Fm iaitu Tyzo dikhabarkan telah diberhentikan dari menjadi DJ di Suria Fm. berikutan itu, Tyzo tampil meluahkan rasa ketidakpuasan hati beliau kepada media baru-baru ini :

Tyzo Suria Fm Diberhentikan Kontrak Tanpa Notis!

“Saya dipanggil pengurus program Suria FM yang baru, Adiwati Zainuddin pada 31 Disember yang lalu, Saya tidak menyangka itulah titik terakhir selepas lebih enam tahun bersama stesen radio tersebut, saya akui kontrak saya tamat pada hari berkenaan, tapi, selalunya diperbaharui, apa yang dikesalkan, kenapa mereka tidak memberitahu saya tanpa sebarang notis awal? Mereka menyingkirkan saya begitu saja.”

“Terkejut dan marah dah bercampur baur, saya bukannya orang baru di SuriaFM, kenapa aniaya saya? alasan yang diberikan , kehadiran saya tidak sesuai dengan halatuju SuriaFM pada 2013. Saya tidak faham, jika gaya penyampaian saya tidak kena, sila beri tunjuk ajar, bukannya buang saya macam sampah!”

“Saya tahu saya tidaklah popular mana, tapi takkan tiada sedikitpun jasa saya menaikkan rating pendengar sehingga Suria FM berada pada tahap hari ini. Jika kehadiran saya tidak relean, tukar saja di bahagian lain.”

“Saya tak kisah, asalkan saya masih ada kerja, biarpun tugasan baru bukan jiwa saya, tapi saya akan berusaha mengalas tanggungjawab yang diberi. Mungkin selepas itu, saya akan perlahan-lahan mencari peluang lain. Tapi, menyingkirkan saya adalah tindakan penganiayaan.”

“Berperikemanusiaan sikit, saya banyak tanggungjawab, kena bayar ansuran rumah, kereta dan menanggung ibu yang tidak sihat di kampung.”

“Bagaimana perasaan anda apabila hilang kerja dalam sekelip mata? Saya tertekan, saya bukannya ada kerja lain, selain tugas sebagai penyampai Suria FM.”

“Cara mereka menamatkan kontrak saya cukup menyedihkan, jika diberi notis awal, sekurang-kurangnya saya bersedia. ini tidak, saya terpinga-pinga apabila diberitahu kontrak tamat dan tidak perlu bertugas lagi.”

“Saya tidak kisah jika ditendang kerana saya punya rekod displin, tidak hadir kerja tanpa sebab atau mengambil cuti sakit tanpa surat. Entahlah, saya pun tak tahu nak buat apa sekarang. Jiwa saya tertekan sangat.

“Syarikat berjanji mahu membayar gaji saya sehingga hujung bulan ini, tapi itu janji mulut, saya sudah tamat kontrak takkan mereka nak bayar gaji saya lagi.”

Apapun apa yang kami hendak katakan, sepatutnya pihak pengurusan perlu memberi maklum balas awal, janganlah memberhentikan kerja orang sesuka hati, hal ini kerana boleh disifatkan kejam terhadap seseorang. sedih jugak kami mendengar luahan hati daripada beliau.

Oleh itu, marilah kita sama-sama doakan semoga Tyzo peroleh perkerjaan lain bagi menampung beban yang ditanggungnya sekarang.

Oleh : MyArtis.My

Kisah Murtad Pelakon Sinetron, Asmirandah Gemparkan Indonesia

BUANG emak, buang saudara… kerana cinta hamba turutkan.

Model jelita Indonesia yang bernama Asmirandah Zantman ini cukup popular di republik itu sebagai penyanyi dan pelakon sinetron terkenal.

Namun siapa sangka, di sebalik wajah menawan itu dia sebenarnya tergamak melakukan sesuatu yang melanggar batas sebagai seorang Muslim!

Asmirandah atau mesra disapa Andah, telah berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, aktor Jonas Rivanno sejak 17 Oktober 2013.

Bagaimanapun, beberapa minggu selepas Jonas memeluk Islam untuk berkahwin dengan Andah, lelaki itu telah bertindak kembali kepada agama asalnya.

Pelbagai kesukaran berlaku selepas itu akibat perbezaan agama pasangan ini sehingga Andah pernah membatalkan perkahwinan mereka kerana tidak tahan menerima tempelak masyarakat.

Akhirnya, akibat cintanya terhadap sang lelaki lebih menebal daripada sayangnya kepada ibu bapa dan Islam, Andah telah mengambil keputusan untuk mengikuti suaminya menganut Kristian.

Pasangan itu kemudiannya berkahwin mengikut kepercayaan Kristian di Singapura pada bulan Disember tahun yang sama.

Berita penukaran pegangan agama selebriti Indonesia bukanlah sesuatu yang baharu, namun pemurtadan Andah ini ternyata menggemparkan industri hiburan negara tersebut.

Dalam kekecohan peminat terhadap keputusan mengejut Andah ini, wanita cantik itu tetap tenang menghadapi kritikan dan kecaman orang ramai terhadapnya.

Malah, dia juga tampak yakin benar dengan akidah baharunya itu dan sering dilihat menghadiri majlis-majlis keagamaan bersama suaminya.

Bukan setakat itu, Andah juga telah mengeluarkan lagu duet berunsur ketuhanan bersama Jonas yang bertajuk ‘Yesus Aku Cinta’ – satu tindakan yang seakan-akan ‘mendeklarasi’ status pegangannya kini.

AIR MATA IBU BUAT SI ANAK YANG MURTAD

Hati ibu mana yang tidak luluh melihat anak perempuan yang dididik dengan ajaran Islam daripada kecil, sanggup meninggalkan agama semata-mata mahu meraih cinta lelaki.

Ibu Andah dikatakan menangis tidak henti-henti apabila mendengar keputusan Andah untuk memeluk Kristian kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan Jonas.

Dan Jonas pula sebagai manusia, langsung tidak mengendahkan perasaan wanita yang melahirkan isterinya.

Bagaimanapun, ayah Andah, Anton Zantman, telah menerima seadanya keputusan anaknya itu.

Dalam satu laporan media Indonesia, Anton berkata dia memang terluka, namun Andah tetap anaknya dan setiap manusia perlu diberi pilihan.

“Saya menghormati keputusannya bertukar agama. Saya amat bangga dengannya; dia berbakat dalam nyanyian, lakonan dan peragaan.

“Dia telah jadi anak yang terbaik untuk saya dan saya mahu dia gembira. Jonas juga seorang lelaki yang baik.”

Kebahagiaan suami isteri ini dilanda badai apabila Jonas telah mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga kediaman mereka yang terletak di wilayah Cibubur, Jakarta itu terpaksa dilelong dengan harga bawah paras pasaran.

MISKIN SELEPAS MURTAD

Dengan kontroversi yang dicipta oleh mereka sendiri itu, tidak hairanlah pendapatan mereka terjejas.

Jika suatu ketika dahulu mereka berdua merupakan pasangan paling diminati bagi peminat sinetron, hal peribadi kini menjadi lebih besar daripada karier mereka.

Dan isu itu terpalit pada sumber pencarian pasangan tersebut.

Kebahagiaan suami isteri ini dilanda badai apabila Jonas telah mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga kediaman mereka yang terletak di wilayah Cibubur, Jakarta itu terpaksa dilelong dengan harga bawah paras pasaran.

Malah keadaan menjadi lebih sukar untuk mereka apabila rumah Andah juga terpaksa dijual bagi menampung kehidupan mereka.

Pasangan ini tidak lagi tampil di majlis-majlis hiburan tempatan dan tiada produk terbaharu daripada mereka setakat artikel ini ditulis.

Kisah Andah, wanita cantik yang ada segalanya namun sanggup memusnahkannya kerana cinta seorang pria ini harus dijadikan teladan buat gadis-gadis di luar sana agar tidak gadai keluarga serta agama hanya kerana cinta! – MYNEWSHUB.CC…

Fara Mendoza Berkucupan Mesra Di Lokasi Penggambaran?

SELEPAS

namanya terkait kontroversi berikutan imej seksi serta isu hangat dengan pelakon Fizz Fairuz, pelakon baru Fara Mendoza kini tampil lagi dengan isu panas terbaharu.

Menerusi gosip yang disebarkan di laman Instagram Miss Kepoh, Fara dikatakan bercium mesra dengan penyanyi baru, Zwenstar ketika penggambaran muzik video Ku Tahu yang mana dia menjadi model untuk lagu tersebut.

Tapi rasanya mereka tidak betul-betul berkucupan sebaliknya teknik trick kamera sahaja ni.. cuma agak musykil juga mengapa sampai begini aksi yang diperlukan untuk cuma sebuah video muzik.

Apa-apa pun, rasanya gambar ‘panas’ di atas pasti menghangatkan lagi nama Fara di persada seni hiburan tempatan selepas ini.

Mungkin selepas melihat betapa realistiknya lakonan Fara dalam muzik video ini, pengarah dan penerbit di luar sana mula buka mata untuk mengambilnya berlakon dalam drama mahupun filem terbitan mereka selepas ini, siapa tahu? – MYNEWSHUB.CC…

Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini

ALAMAK

makin lama, makin panas konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Mana tidaknya, masing-masing dilihat tidak mahu mengalah dan saling sindir-menyindir sesama sendiri menerusi medium laman Instagram.

Semuanya bermula apabila aktres jelita itu mendedahkan Aidil masih belum melangsaikan bayaran mutaahnya bernilai RM30,000 meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah.

Kalau semalam, Aidil menyelar kenyataan Rita dengan ayat yang berbunyi, ‘Nak duit ke, nak mempertahankan maruah?’. Kali ini, giliran Rita pula tampil membidas kenyataan tersebut dengan ayat yang begitu pedas sekali.

“Betul ke tak dapat surat? Ke tak reti baca? Memang saya perjuangkan maruah.. tapi nama pun ARTIS.. mesti la reporter cari.. bukan macam kau, pergi cari reporter nak bagitau cerita!

“So dah reporter tanya ‘dia dah bayar belum?’ Takkan saya nak jawab ‘dah’ walaupun belum.. saya bukan kaki kelentong macam kau.. kat mahkamah pun kau cakap menipu!

“Sehelai spender aku pun kau tak pernah beli or sebiji gula Hacks pun ko tak pernah beli tapi kat mahkamah kau cakap semua baju dan alat mekap aku ko beli.

“Kau nak tau kenapa kau kalah dan kenapa ALLAH tak tolong ko? Sebab hidup kau asyik menipu dan aniaya orang!

“Aku dari mula kawan dengan kau dan kawen dengan kau, aku tak pernah ambil atau guna duit kau! Kau masuk rumah pun kau just cuci kaki bawa baju kau je!

“Aku rasa kau pun ingat lagi kan siapa yang banyak sara siapa dulu! Walau pun ko buat-buat lupa tapi ALLAH tak lupa,” tulis Rita.

Nampaknya Rita betul-betul bengang dan berang dengan pemain bola sepak tersebut hingga habis semua cerita rumah tangga mereka dahulu dibongkar.

Jika difikirkan, tidak hairanlah mengapa ibu tunggal dua anak ini begitu marah dengan bekas suaminya.

Diharapkan Aidil cepat-cepatlah melangsaikan hutangnya agar semua persengketaan ini dapat diselesaikan segera. Tambahan pula, rasanya gaji Aidil pun lebih daripada cukup untuk membayar wang tuntutan Rita. – MYNEWSHUB.CC…

Inilah Hajat TIDAK KESAMPAIAN Arwah Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia!

Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.

Menurut Yus, dia memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.

“Persiapan itu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai. Dia merupakan model sambilan dan juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat. Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya. Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu,” katanya ketika ditemui di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha pada Sabtu.

Mengulas mengenai perkenalan mereka Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo, 38, memberitahu mereka berkenalan melalui Facebook dan sewaktu pertama kali bertemu wanita itu telah berjaya menambat hatinya.

“Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa. Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.

Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.

Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya,” ujarnya ketawa.

Tambah Yus lagi, dia sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun menyerahkan segalanya kepada takdir. Teruja tu memang teruja, tapi saya buat relax saja sebab benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan tuhan.

Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.

Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar. Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya,” ulasnya. Bercerita mengenai majlis perkahwinan, Yus berkata dia telah merancang untuk membuat majlis bertemakan ala kampung semasa resepsi untuk pihak lelaki.

Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu, Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

“Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka, Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok. Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.

Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan,” katanya mengakhiri perbualan.…