Aiman Hakim Redza Nafi Dakwaan Dikongkong Fathia – Sejak keintiman pasangan pelakon, Aiman Hakim Redza dan Fathia terjalin, timbul pula desas desus yang mengatakan Fathia sudah mula pandai mengongkong aktor tinggi lampai itu.

Aiman Hakim Redza Nafi Dakwaan Dikongkong Fathia

Dakwaan tersebut timbul setelah aktress itu sering dilihat mengganggu Aiman di lokasi penggambaran gara-gara cemburu.

Namun dakwaan itu telah dinafikan oleh Aiman dan dia mengakui ada dengar mengenai isu ini.

“Saya tidak tahu daripada mana berita ini timbul kerana setahu saya, sebelum bulan Ramadan lalu hanya satu telefilem yang saya berlakon berjudul Jodoh Jodoh untuk TV9 yang melibatkan kami digandingkan bersama.

“Jika dia ada datang ke set pun bukan untuk melihat atau berjumpa saya tapi kerana hal kerja,” katanya ketika dihubungi mStar Online.