Ashraf Muslim Didakwa Kahwin Dua - Baru-baru ini kecoh di sebuah forum gosip hiburan mengatakan bahawa pelakon, Ashraf Muslim telah berkunjung ke sebuah mahkamah syariah baru-baru ini untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dua dengan kelulusan isteri pertama.

 Ashraf Muslim Didakwa Kahwin Dua

Selain itu, timbul pula dakwaan mengatakan tindakan aktor tersebut berbuat demikian kerana beliau tidak mempunyai zuriat sehingga ke hari ini bersama isterinya, Noor Dayana.

Mengikut laporan Kosmo! hari ini, Ashraf mengakui dirinya pergi ke mahkamah syariah baru-baru ini tetapi enggan mengulas mengenai desas desus berkenaan tetapi mengakui memang rumah tangganya mempunyai isu.

“Ya, memang saya ada pergi ke mahkamah tetapi saya tidak boleh komen lanjut atas sebab apa saya ke sana,” katanya.

Namun aktor ini, memaklumkan kehidupannya dan isteri kini berjalan lancar dan menepis untuk menjawab dakwaan yang beliau ingin berkahwin lain.

Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun sejak diijabkabulkan pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah.