Author: Phyllis Castro

Fara Mendoza Berkucupan Mesra Di Lokasi Penggambaran?

SELEPAS

namanya terkait kontroversi berikutan imej seksi serta isu hangat dengan pelakon Fizz Fairuz, pelakon baru Fara Mendoza kini tampil lagi dengan isu panas terbaharu.

Menerusi gosip yang disebarkan di laman Instagram Miss Kepoh, Fara dikatakan bercium mesra dengan penyanyi baru, Zwenstar ketika penggambaran muzik video Ku Tahu yang mana dia menjadi model untuk lagu tersebut.

Tapi rasanya mereka tidak betul-betul berkucupan sebaliknya teknik trick kamera sahaja ni.. cuma agak musykil juga mengapa sampai begini aksi yang diperlukan untuk cuma sebuah video muzik.

Apa-apa pun, rasanya gambar ‘panas’ di atas pasti menghangatkan lagi nama Fara di persada seni hiburan tempatan selepas ini.

Mungkin selepas melihat betapa realistiknya lakonan Fara dalam muzik video ini, pengarah dan penerbit di luar sana mula buka mata untuk mengambilnya berlakon dalam drama mahupun filem terbitan mereka selepas ini, siapa tahu? – MYNEWSHUB.CC…

Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini

ALAMAK

makin lama, makin panas konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Mana tidaknya, masing-masing dilihat tidak mahu mengalah dan saling sindir-menyindir sesama sendiri menerusi medium laman Instagram.

Semuanya bermula apabila aktres jelita itu mendedahkan Aidil masih belum melangsaikan bayaran mutaahnya bernilai RM30,000 meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah.

Kalau semalam, Aidil menyelar kenyataan Rita dengan ayat yang berbunyi, ‘Nak duit ke, nak mempertahankan maruah?’. Kali ini, giliran Rita pula tampil membidas kenyataan tersebut dengan ayat yang begitu pedas sekali.

“Betul ke tak dapat surat? Ke tak reti baca? Memang saya perjuangkan maruah.. tapi nama pun ARTIS.. mesti la reporter cari.. bukan macam kau, pergi cari reporter nak bagitau cerita!

“So dah reporter tanya ‘dia dah bayar belum?’ Takkan saya nak jawab ‘dah’ walaupun belum.. saya bukan kaki kelentong macam kau.. kat mahkamah pun kau cakap menipu!

“Sehelai spender aku pun kau tak pernah beli or sebiji gula Hacks pun ko tak pernah beli tapi kat mahkamah kau cakap semua baju dan alat mekap aku ko beli.

“Kau nak tau kenapa kau kalah dan kenapa ALLAH tak tolong ko? Sebab hidup kau asyik menipu dan aniaya orang!

“Aku dari mula kawan dengan kau dan kawen dengan kau, aku tak pernah ambil atau guna duit kau! Kau masuk rumah pun kau just cuci kaki bawa baju kau je!

“Aku rasa kau pun ingat lagi kan siapa yang banyak sara siapa dulu! Walau pun ko buat-buat lupa tapi ALLAH tak lupa,” tulis Rita.

Nampaknya Rita betul-betul bengang dan berang dengan pemain bola sepak tersebut hingga habis semua cerita rumah tangga mereka dahulu dibongkar.

Jika difikirkan, tidak hairanlah mengapa ibu tunggal dua anak ini begitu marah dengan bekas suaminya.

Diharapkan Aidil cepat-cepatlah melangsaikan hutangnya agar semua persengketaan ini dapat diselesaikan segera. Tambahan pula, rasanya gaji Aidil pun lebih daripada cukup untuk membayar wang tuntutan Rita. – MYNEWSHUB.CC…

Inilah Hajat TIDAK KESAMPAIAN Arwah Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia!

Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.

Menurut Yus, dia memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.

“Persiapan itu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai. Dia merupakan model sambilan dan juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat. Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya. Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu,” katanya ketika ditemui di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha pada Sabtu.

Mengulas mengenai perkenalan mereka Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo, 38, memberitahu mereka berkenalan melalui Facebook dan sewaktu pertama kali bertemu wanita itu telah berjaya menambat hatinya.

“Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa. Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.

Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.

Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya,” ujarnya ketawa.

Tambah Yus lagi, dia sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun menyerahkan segalanya kepada takdir. Teruja tu memang teruja, tapi saya buat relax saja sebab benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan tuhan.

Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.

Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar. Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya,” ulasnya. Bercerita mengenai majlis perkahwinan, Yus berkata dia telah merancang untuk membuat majlis bertemakan ala kampung semasa resepsi untuk pihak lelaki.

Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu, Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

“Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka, Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok. Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.

Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan,” katanya mengakhiri perbualan.…

Arwah Pak Yus Tukar Lirik “Aku Melawak Bukan Kerana Nama” Ketika Konsert Raja Band

Pelawak Helmi The Gimmick memberitahu nyanyian terakhir Allahyarham Yus Jambu ketika di Konsert Raja Band yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam semalam (Ahad) sangat menyentuh perasaan penonton. Arwah menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Ramli Sarip berjudul Bukan Kerana Nama, namun ditukar lirik yang menyelitkan beberapa nasihat kepada orang ramai.

“Ketika dia menyanyi lagu tersebut saya sendiri rasa sebak kerana cara nyanyian serta lagu tersebut diubah liriknya seperti memberi nasihat buat kali terakhir. Lagu yang sepatutnya dinyanyikan lirik ‘aku menulis bukan kerana nama’, ditukar kepada ‘aku melawak bukan kerana nama’ serta lirik lain yang banyak menyentuh nasihat. Saya tidak sangka itu adalah kali terakhir saya berkongsi pentas dengannya,” katanya.

Arwah juga difahamkan tidak banyak bercakap dan kelihatan pucat sepanjang persembahan malam itu.

“Dia sangat lain, selalu jika saya melawak dengannya pasti dia sambut, tetapi tidak semalam. Dia banyak diam dan wajahnya pucat. Saya tanya adakah dia tidak sihat, namun katanya, dia agak penat. Saya kenal dia ketika satu pentas Raja Lawak musim pertama dan dia seorang yang suka menyendiri. Ketika di hospital semalam pun saya ada bertanya kepada keluarganya tentang penyakit tersebut. Keluarganya mengakui dia ada mengihidap sakit jantung dan asma,” katanya lagi.

Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, terkejut apabila dimaklumkan tentang berita pemergian pelawak yang banyak memberi kerjasama dengan Karyawan. Katanya, sebagai penganjur, dia juga agak terkilan kerana tidak dimaklumkan tentang penyakit pelawak tersebut.

“Kita kehilangan seorang bintang yang sentiasa beri sokongan kepada Karyawan. Allahyarham tidak pernah menolak jika diminta membantu sebarang majlis anjuran Karyawan. Secara jujur memang ada sedikit kesal kerana tidak tahu dia ada masalah kesihatan, kalau tahu kita tidak minta dia nyanyi banyak lagu malam tadi, namun ajal maut itu sudah ditentukan tuhan,” ujarnya.…

Penjual Insurans ‘Petik’ Nama Arwah Yus Minta Maaf

BOLEH dikatakan, satu negara berasa terkejut apabila mendapat tahu berita kematian pelawak, Yus Jambu yang menghembuskan nafas terakhirnya, awal pagi tadi.

Allahyarham Yus atau nama sebenarnya, Yusry Edoo, 39, meninggal dunia di Hospital Selayang selepas mengadu kurang selesa dan sesak nafas ketika dalam perjalanan pulang selepas mengadakan persembahan di Dataran Merdeka sebelum itu.

Selama ini tak pernah pula didengar sebarang berita menyatakan allahyarham mempunyai masalah kesihatan yang serius, itulah antara bisikan hati kebanyakan kita.

Hal ini sekaligus mengingatkan kita supaya sentiasa peka dengan kesihatan diri dan pada masa sama, beringat bahawa kematian boleh menjengah kita bila-bila masa sahaja.

Bagaimanapun, cukuplah peringatan tersebut berlegar sebagai ingatan dalam diri masing-masing sahaja, tak perlu dikongsikan dengan orang lain apatah lagi bersama ‘iklan’ yang mendatangkan kepentingan kepada diri.

Contohnya perbuatan brader ini, yang mungkin berasakan tindakannya dapat menyebarkan kebaikan membeli insurans kepada orang lain tetapi sebaliknya ia lebih menampakkan dirinya sebagai seorang yang tidak sensitif.

Akibatnya teruk dia kena ‘bahan’ dengan netizen terutama peminat arwah.

Menyedari tindakannya itu mengundang perasaan kurang senang ramai orang, penjual insurans tersebut akhirnya meminta maaf atas tindakannya.

Tak apalah, yang penting dia sedar kesilapan diri dan sanggup minta maaf.

Sama-sama kita jadikan pengajaran, sebelum buat sesuatu fikirkan dengan mendalam dahulu apakah ianya boleh menyinggung perasaan orang lain ataupun tidak.

Maklumlah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. – MYNEWSHUB.CC…

Keajaiban Berlaku Semasa Menghantar Jenazah Pak Yus Di Perlis!

Dibawah adalah screenshot yang menyatakan perkara-perkara yang berlaku ketika proses mengebumikan arwah Pak Yus. Subhanallah..