Awie Dapat Izin Isteri Temui Erra Fazira – Isteri kepada penyanyi dan pengacara, Awie iaitu Ruzana Misbun memberi keizinan kepada suaminya untuk bekerjasama dengan bekas tunangnya, Erra Fazira, menerusi rakaman program bual bicara Tunggu Sekejap di TV3.

Awie Dapat Izin Isteri Temui Erra Fazira

Menurut Awie, selepas mendapat tahu pihak produksi program yang dikendalikannya itu menjemput Erra sebagai tetamu undangan, beliau terus memberitahu perkara tersebut kepada isterinya agar tidak berlaku salah faham.

“Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing.

“Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro),” katanya yang dihubungi mStar Online.

Sebelum ini, Awie dan Erra pernah bertunang pada tahun 1997 selepas bercinta selama empat tahun, namun perhubungan itu putus pada tahun 1998.