Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Ashraf Muslim Punca Pertunangan Mereka Putus

Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Ashraf Muslim Punca Pertunangan Mereka Putus

Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Ashraf Muslim Punca Pertunangan Mereka Putus

Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Ashraf Muslim Punca Pertunangan Mereka Putus – Ya, memang kali ini kami masih bercerita mengenai konflik Ashraf Muslim. Apa yang lebih mengejutkan, seorang lelaki tampil menerusi rancangan Melodi TV3 pada hari semalam mendakwa pertunangannya putus angkara Ashraf Muslim yang menjalinkan hubungan dengan tunangnya itu.

Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Ashraf Muslim Punca Pertunangan Mereka Putus

Lelaki yang tidak dinyatakan namanya mengakui pernah bertunang dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi yang kini sah menjadi isteri kedua Ashraf.

Menurut beliau, hubungan Ashraf dengan Sakinah sudah berjalan sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada Dayana lagi dan bukannya baru bermula sejak sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin.

Jelasnya lagi, pada ketika Ashraf dan Dayana bertunang pada masa yang sama dia dan Sakinah masih dalam ikatan pertunangan.

“Pertunangan saya dan Sakinah terputus 25 hari sebelum kami melangsungkan perkahwinan dan pada masa itu saya memang frust, kerana saya sudah hampir berkahwin.

“Saya tidak boleh menafikan yang pertunangan kami terputus kerana Sakinah ada hubungan dengan Ashraf Muslim.

“Alhamdulillah, apa yang Ashraf Muslim nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti,” ujar lelaki tersebut menerusi Melodi.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa beliau pernah menyatakan bekas tunangnya itu menjalinkan hubungan dengan Ashraf namun tidak dipercayai orang kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz.

Beliau turut mendoakan kebahagian buat Ashraf dan bekas tunangnya. Selain itu, dia juga berharap agar Ashraf berterus terang kepada pihak media dan orang ramai kerana tidak salah berpoligami.