Bront Palarae Akui Sudah Berkahwin, Sabtu Lalu

Bront Palarae Akui Sudah Berkahwin, Sabtu Lalu

Bront Palarae Akui Sudah Berkahwin, Sabtu Lalu –

Selepas berdolak-dalik mengenai kesahihan berita perkahwinan, akhinya, Bront Palarae mengakui sudah bernikah pada hari Sabtu lalu bersamaan dengan 31 Ogos.

Pengakuan tersebut dibuat oleh aktor berkenaan menerusi Yahoo! Malaysia dan dia memohon maaf kepada semua pihak kerana merahsiakan berita perkahwinannya baru-baru ini.

“Ya, saya mengaku sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja.”

“Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa isterinya merupakan seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur dan mereka mula berkenalan pada 1999 ketika masing masing baru memulakan kerjaya.