Rosyam Nor Bakal Dapat Menantu Sulung Mei Depan – Pastinya saat ini, Rosyam Nor dan isterinya, Runika Mohd Yusof tidak menang tangan untuk menguruskan majlis perkahwinan anak sulungnya pada 12 Mei depan. Pelbagai persedian sudah mula dilakukan.

Rosyam Nor Bakal Dapat Menantu Sulung Mei Depan

Rosyam Nor juga telah datang ke syarikat-syarikat media bagi menyerahkan sendiri kad kahwin anaknya itu kerana hubungan yang terlalu akrab dengan media.

“Hubungan dengan rakan media sudah terlalu rapat dan dianggap seperti kawan-kawan. Saya mahu mereka datang sebagai rakan-rakan yang meraikan perkahwinan anak saya, bukan datang berkerja atau membuat liputan tau, ” ujarnya.

Rosyam Nor Bakal Dapat Menantu Sulung Mei Depan

Majlis resepsi akan di adakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak pada 18 Mei ini. Anaknya, Arniesha Azureen telah bertemu jodoh dengan jejaka berasal dari Melaka, iaitu Mohd Hafiz Mohd Said. Mereka bertunang pada Oktober tahun lalu.

Tahniah diucapkan kepada Rosyam Nor dan isterinya, Runika Mohd Yusof yang bakal menerima menantu sulung pada 12 Mei nanti.