Eddie Hamid Dikecam Rakyat Kelantan Gara-Gara Lagu “Bo La Wei” – Baru-baru ini Nabil, Salih Yaacob dan Yassin dikecam gara-gara memuat naik video berunsur politik di laman YouTube terbaru Eddie Hamid juga melalui saat yang sukar itu.

Eddie Hamid Dikecam Rakyat Kelantan Gara Gara Lagu Bo La Wei

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu “Halimah Jongang”, iaitu Eddie Hamid telah dikecam oleh segelintar penduduk Kelantan gara-gara memuat naik video berjudul “Bo La Wei”.

Menurut laporan sebuah media tempatan, Eddie Hamid dikatakan dilarang balik ke kampung halamannya (Kelantan) buat sementara waktu.

“Pada mulanya saya takut juga. Tetapi saya nak balik juga dan tengok sendiri bagaimana lagu ini mencetus fenomena di Kelantan,” ujarnya.

Jelas penyanyi ini,beliau terpanggil untuk menghasilkan lagu tersebut setelah melihat kemunduran negeri Kelantan sejak dahulu lagi.