Emma Maembong Sangkal Tuduhan Gaduh Dan Rampas Kekasih Uqasha – Sedang hangat diperkatakan mengenai percintaan pelakon, Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim timbul pula gosip yang mengatakan pelakon jelita, Emma Maembong bermasam muka dengan aktress tersebut kerana merampas kekasihnya.

Emma Maembong Sangkal Tuduhan Gaduh Dan Rampas Kekasih Uqasha

Menerusi laporan akhbar pada hari in, Emma tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut dan menyatakan beliau dan Uqasha tidaklah bermasam muka ataupun bergaduh seperti yang diheboh-hebohkan.

“Hubungan saya dan Uqasha baik sahaja, tiada masalah diantara kami. Saya tak tahu kenapa boleh timbul isu sebegini sedangkan kami berdua sudah berkawan sebelum saya bergelar artis lagi.

“Tapi saya akui sejak kebelakangan ini kami jarang bertemu kerana masing-masing sibuk menjalani penggambaran,” ujar pelakon jelita ini.

Sementara itu, Emma turut menjelaskan mengenai isu rampas teman lelaki Uqasha yang diperkatakan itu adalah tidak benar. Namun Emma mengakui beliau memang mengenali bekas teman lelaki pelakon tersebut yang dikenali sebagai Ally dan juga mengetahui mengenai percintaan mereka berdua.

“Saya berkenalan dengan Ally setelah empat bulan Uqasha dan lelaki itu berpisah. Tapi bila saya tahu Ally adalah bekas teman lelaki Uqasha saya memberikan ruang untuk dia kembali bersama dengan aktress itu. Namun Ally memilih saya. Saya sendiri tidak tahu mengapa Ally dan Uqasha putus,” katanya.