Farah Asyikin Sah Cerai Talak Satu, Bayar Tebus Talak RM100

Farah Asyikin Sah Cerai Talak Satu, Bayar Tebus Talak RM100

PENYANYI

Farah Asyikin disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley secara tebus talak di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah telah memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak kepada Zaahier yang berasal dari Afrika Selatan sebanyak RM100.

Memetik sumber mStar, Farah diwakili peguam syarie, Siti Maisyarah Hashim.

Selebriti itu memfailkan penceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.

Farah dan Zaahier bernikah pada 15 Februari 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ebrahim Owais, dua tahun. – MYNEWSHUB.CC