Fauziah Gous Akan Kahwin Tahun Ini – “InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin tahun ini juga. Semuanya sudah dalam perancangan, tinggal masa sahaja,” demikianlah penjelasan pelakon jelita, Fauziah Gous mengenai bila akan menamatkan zaman solonya sekaligus menepis dakwaan dirinya sudah berkahwin dengan golonga VIP.

Fauziah Gous Akan Kahwin Tahun Ini

Menurut Fauziah, beliau akan menghadiri kursus kahwin tidak lama lagi dan masih dalam perancangan sama ada beliau dan kekasih akan bertunang atau terus kahwin sahaja.

Tambahnya, perkenalan mereka berdua bermula sebagai kawan sahaja atas urusan perniagaan.

“Sebelum ini kami hanya kenal sebagai kawan sahaja kerana menjalankan perniagaan sarang burung bersama. Tetapi selepas itu hubungan kami menjadi semakin rapat dan meningkat ke tahap yang lebih serius.

Fauziah Gous Akan Kahwin Tahun Ini

“Ciri-ciri lelaki yang saya selalu idamkan untuk menjadi suami saya kelak terdapat pada diri dia. Meskipun sudah setahun kami kenal tetapi baru-baru ini sahaja hubungan kami mulai serius,” ujarnya.