Fouziah Ghous Bertunang Sabtu Ini Dan Akan Berkahwin Pada September – Pelakon jelita, Fouziah Gous memberitahu beliau telah membuat keputusan untuk bertunang pada hari Sabtu ini bersama kekasihnya,Md Zhafran Md Yusof.

Fouziah Ghous Bertunang Sabtu Ini Dan Akan Berkahwin Pada September

Menurut aktress ini, beliau tidak mahu membuang masa memandangkan kekasihnya itu mempunyai pakej lengkap yang diidamankannya selama ini.

“Walaupun baru berberapa bulan bercinta tetapi saya yakin akan percintaan selepas berkahwin.

“Saya harap dengan pertunangan ini ia dapat mengelakan fitnah dilemparkan terhadap kami. Memandangkan kami berdua merupakan rakan kongsi perniagaan jadi kami memilih untuk mengikat tali pertunangan sekejap sahaja.

“Dengan ikatan yang sah nanti lebih mudah untuk kami bergerak bersama bagi menguruskan perniagaan. Jadi tidak timbul cerita jika kami sering dilihat bersama,” katanya.

Jelasnya, beliau dan kekasih telah memilih bulan September untuk melangsungkan perkahwinan mereka berdua.