Gambar Mamat dan Kekasih Baru

Gambar Mamat dan Kekasih Baru

Gambar Mamat dan Kekasih Baru 

Setelah putus cinta kira-kira 2 tahun lalu, nama Mamat semakin jarang didengar dalam dunia hiburan tanah air. Pada malam Anugerah Lawak Warna yang berlangsung bebarapa hari lalu, Mamat tampil bersama kekasih barunya yang dikenali dengan nama,  Nurul Syafiqah Zakaria.

Meskipun sedang menjalinkan hubungan cinta namun Mamat mengakui masih belum memikirkan hal kahwin kerana mahu buah hatinya itu menumpukan pada pengajiannya terlebih dahulu.

“Dia sedang mengikuti pengajian dalam bidang International Business di MSU Shah Alam jadi saya mahu dia habiskan belajar dahulu dan bila sudah selesai baru kita rancang agenda seterusnya. Kalau saya nak kahwin mesti saya umumkan,” ujarnya yang sudah lebih setahun mengenali Syafiqah.

Dalam pada itu, pelawak ini turut mengakui pada mulanya hubungan mereka biasa sahaja namun lama kelamaan timbul keserasian di antara mereka berdua sehinggala timbulnya bibik-bibik cinta.

Mengulas mengenai perkembangan terbarunya, Mamat menyatakan dia bakal membuat kemunculan semula bersama Rahim R2 dan Munir dalam pentas Maharaja Lawak Mega pada November ini dengan menggelarkan kumpulan mereka, KUCAI.