Gambar Putera Sulung Shera Ayob Dan Zahiril Adzim - Pastinya ramai peminat yang menanti untuk menatap wajah putera sulung aktor tampan, Zahiril Adzim dan isteri tercinta, Shera Ayob yang telah selamat melahirkan bayi sulung mereka semalam.

Gambar Putera Sulung Shera Ayob Dan Zahiril Adzim

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Zahiril melalui akaun Twitternya semalam namun gambar bayi lelakinya itu masih belum ditunjukkan kepada umum. Pada hari ini ibu Zahiril telah memuatnaik gambar putera sulung Zahiril dan Shera menerusi laman sosial Facebooknya buat tatapan peminat mereka berdua.

Untuk pengetahuan semua, Zahiril dan Shera mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 di Perak

Semoga Shera cepat sembuh dan anaknya berada dalam keadaan yang sehat serta membesar menjadi anak yang berjasa kepada kedua ibu-bapanya.