Hans Isaac Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini

Hans Isaac Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini

Hans Isaac Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini

Hans Isaac Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini – “Siapa yang tak mahu kahwin. Saya juga mahu berkahwin tetapi saya perlukan masa yang lebih untuk mencari miss right saya yang sebenarnya.”

Hans Isaac Rancang Kahwin Hujung Tahun Ini

Itulah penjelasan penerbit dan aktor Cuci The Musical, Hans Isaac apabila diajukan persoalan mengenai bilakah beliau akan menamatkan zaman solonya.

Menurut Hans, setelah beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini beliau sedikit sebanyak mengakui perkara yang terjadi itu menyebabkan beliau terlalu berhati-hati dalam memilih pasangan pada masa ini.

“Segala kisah kegagalan cinta yang lalu adalah guru terbaik buat saya dalam menilai cinta hari ini serta mengajar dan mematangkan diri.:

“Saya sudah penat bercinta dan berkawan, kalau boleh saya ingin terus mencari wanita yang sesuai dan terus berkahwin,” ujar Hans.

Tambah penerbit ini, beliau merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini atau setidak-tidaknya pada pertengahan tahun depan.

“Itu adalah target saya dan berharap apa yang di rancang terlaksana.”

Hans turut mengulas mengenai hubungan beliau dengan pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Neelofa adalah sebagai teman rapat.

Perkembangan terbaru, Hans bakal muncul dengan filem terbaru terbitan syarikatnya Tall Order Production (TOP), Lawak Ker Der 2 pada 7 Mac ini.

Oleh: MyArtis.My