Panggilan manja yang diberikan oleh Iqram untuk Soo Wincci adalah jeruk masin dan dirinya pula digelar sebagai ikan masin.

Bagaimana agaknya bermula panggilan-panggilan ini dalam persahabatan mereka?

Pada 29 September lalu, pelakon yang terkenal menerusi drama Dunia Baru, Iqram Dinzly baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 32.

Sempena ulangtahun tersebut, Iqram telah menerima hadiah istimewa daripada bekas peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama, Soo Wincci, berupa sebiji kek berbentuk ikan dan paling menarik apabila kek itu dikatakan berperisa durian.

Iqram dan Soo Wincci Bermanja?

Nampaknya pelakon tersebut telah melahirkan rasa terharu apabila melihat ketulusan serta keikhlasan Soo Wincci yang sanggup membuat kek istimewa untuk dirinya. Dalam masa yang sama, aktor tersebut turut menyebut bahawa kini dia percaya akan janji yang telah dikotakan oleh pelakon wanita itu.

Bagi mereka yang sememangnya mengikuti laman sosial Iqram dan Soo Wincci, pastinya keakraban antara dua selebriti ini bukanlah satu rahsia lagi. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini Iqram turut dilihat semakin aktif berkongsi foto-foto mesra mereka berdua dan paling menarik apabila masing-masing mempunyai panggilan manja tersendiri.

Melihat kemesraan tersebut, ada yang bertanya apakah status sebenar hubungan mereka berdua. Adakah mereka sedang menjalinkan hubungan cinta secara senyap-senyap atau sekadar teman biasa?

Kalau benar, apa salahnya di kongsikan dengan peminat kan?

Iqram dan Soo Wincci Bermanja?