Jehan Miskin Nikah Sabtu Ini – Tahniah diucapkan kepada pelakon Jehan Miskin yang dikhabarkan akan bernikah pada hari sabtu ini. Desas-desus yang didengari bakal isteri aktor ini merupakan gadis berasal dari Korea dan hubungan mereka sudah terjalin selama lima tahun.

Jehan Miskin Nikah Sabtu Ini

Menurut Jehan, bakal isterinya itu sudah pun menetap di sini namun ahli keluarganya masih tinggal di Korea.

“Setakat ini, saya masih belum mahu bercerita lebih lanjut mengenai kisah percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya. Semua itu akan saya ceritakan selepas selesai majlis pernikahan,” ujarnya.

Tambahnya, majlis beliau nanti akan di adakan serba ringkas di Carcosa Seri Negara. Hanya 100 tetamu dijemput termasuk keluarga dan teman rapat. Ibu dan kakaknya yang menetap di Amerika Syarikat juga turut diterbangkan bagi meraikan majlisnya itu nanti

Semoga Jehan dan pasangan akan kekal berjodoh selamanya.