Julia Ziegler Mabuk Dan Bersikap Kurang Sopan Di Kota Sydney?

Julia Ziegler Mabuk Dan Bersikap Kurang Sopan Di Kota Sydney?

Julia Ziegler Mabuk Dan Bersikap Kurang Sopan Di Kota Sydney?

Kecoh baru-baru ini tentang seorang pelakon wanita berdarah kacukan telah mabuk di tengah tengah kota Sydney dan menunjukkan perangai kurang sopan dikhalayak ramai. Siapakah pelakon itu?

Dengar-dengar ia merupakan Julia Ziegler. Betul ke?

Khabar buruk ini terpalit sekali dek kerana beliau baru baru terbang ke Sydney, Australia untuk menjalani satu penggambaran dan kebetulan, semua tahu beliau berdarah kacukan.

Julia agak terkejut dengan kenyataan ini dan berkata dalam satu laporan akhbar, “Eh, mana ada! Mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai). Memanglah saya ni jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini”

“Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini!.”

Hah, kalau tuan empunya badan sudah berkata begitu, janganlah kita berfikir yang bukan-bukan. Kita tunggu saja siapa sebenarnya pelakon berdarah kacukan itu. Nanti pasti akan pecah tembelang walau disorok sedalam mana sekali pun.