Kalau anda ingat pelakon lama, Liza Abdullah, sudah lama kan tidak mendengar khabar berita tentang beliau? Hari ini, kami dikejutkan dengan berita penceraian beliau bersama suami yang sudah 26 tahun berumahtangga bersamanya.

Walau ramai mengetahui dan membuat spekulasi tentang pergolakan rumahtangga beliau sejak dahulu lagi, Liza nampaknya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut dan hanya menepis dakwaan ini.

Tapi nampaknya hal ini tidak boleh disorok lagi dan hanya berkata dalam satu kenyataan akhbar hari ini, “Saya tak mahu kongsi dengan orang perkara-perkara yang tak baik. Orang mungkin lihat saya suka ketawa dan happy go lucky, tapi saya juga macam manusia normal lain. Rumahtangga mana yang tak ada pasang surutnya? Saya pasti ramai pasangan lain juga melalui perkara yang serupa.”

Liza Abdullah Akhirnya Akan Bercerai?

“Bagi saya, ini adalah antara proses mencari kehidupan sebenar. Apa-apa pun, rasanya setakat itu saja yang dapat saya kongsikan sebab saya tak mahu orang bercakap-cakap tentang hal ini.”

Tidak apalah, kak Liza. Kami pasti ada hikmah disebaliknya.

Liza Abdullah Akhirnya Akan Bercerai?