Mawar Fareeda Sah Bakal Tunang Fizo Omar - Jika sebelum ini timbul desas-desus mengatakan bakal tunang aktor kacak, Fizo Omar adalah si gadis cantik, Mawar Abdul Karim yang merupakan selaku model dan Pengurus Pemasaran jenama tudung Fareeda yang sememangnya popular.

Mawar Fareeda Sah Bakal Tunang Fizo Omar

Kini ibu kepada Mawar, Faridah Zakaria selaku pengasas tudung Fareeda mengakui keluarga Fizo sudah pun datang merisik pada 28 Ogos yang lalu. 

“Memang benar anak saya Mawar bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fizo Omar pada awal Oktober ini. Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum boleh mengumumkan tarikh pertunangan itu,” ujarnya.

Mawar Fareeda Sah Bakal Tunang Fizo Omar

Memang tampak sepadan pasangan ini, bak kata pepatah sama cantik sama padan. Malah kedua-duanya pun bergiat aktif dalam perniagaan. Tahniah Fizo dan Mawar.