Pelakon Drama ‘Sahara’ Mohon Maaf - Setelah dikecam hebat oleh penonton di luar sana berkenaan drama Sahara yang diselar menghina agama Islam dengan menunjukkan babak romantis yang melibatkan wanita berpurdah lakonan Reen Rahim bersama watak yang dilakonkan oleh Ikhwan Khairuddin.

Pelakon Drama Sahara Mohon Maaf

Kini, tiga orang pelakon yang turut membintangi drama tersebut tampil membuat permohonan maaf secara peribadi tanpa melibatkan pihak produksi atau stesen televisyen. Pelakon tersebut ialah Arief Farhan, Faried Wari dan Muaz Aydyl.

“Kami mengharapkan orang ramai berhenti membuat tohmahan dan provokasi di laman sosial.

“Kami memohon maaf. Kami mengakui kesilapan kami,” jelas Arief yang mewakili barisan pelakon drama tersebut.

Sebelum ini, Reen Rahim selaku teraju utama telah membuat kenyataan memohon maaf berkenaan lakonan beliau itu.

Drama Sahara mengisahkan seorang gadis bandar yang liar terpaksa tinggal di sekolah pondok dan berdepan cabaran menjadi wanita muslimah sebelum jatuh cinta dengan seorang pelajar di situ.

Pelakon Drama Sahara Mohon Maaf

Drama tersebut dihentikan tayangannya di saluran Astro Prima baru-baru ini.