Puteri Sarah Liyana Sangkal Dakwaan Ammar Alfian – Pendedahan yang dibuat oleh Ammar Alfian terhadap bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul dengan mengatakan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta mencetuskan   ‘perang dingin’ antara mereka. Terbaru, Sarah membalas kenyataan sekaligus menafikan beliau sedang bercinta dengan Syamsul.

 Puteri Sarah Liyana Sangkal Dakwaan Ammar Alfian

“Saya dah move on. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai kenyataan dia yang bercakap tentang saya.

“Saya penat dengan semua ini. Dia tuduh saya bercinta dangan Syamsul ada bukti ke?  Tindakan yang dia buat sungguh tidak matang,” ujarnya.

Selain itu, Sarah turut menyifatkan terputusnya cinta dengan Ammar adalah satu rahmat.

“Waktu dulu saya tak dekatkan diri dengan Tuhan, asyik ‘huha-huha’, jadi Allah tak kabulkan hasrat saya untuk membina sebuah perkahwinan.

“Saya rasa lebih baik saya betulkan diri dahulu dan mendalami ilmu agama. Insya- Allah ditemukan saya dengan pemuda yang lebih baik daripada saya dan mampu membimbing saya ke jalan yang benar,” katanya.