Saiful Bukhari Bakal Kahwin Personaliti TV3, Nik Suryani – Tahniah diucapkan kepada Saiful Bukhari Azlan yang mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan pada 25 Mei ini. Pastinya pihak di luar sana masih ingat siapakah Saiful Bukhari ini.

Saiful Bukhari Bakal Kahwin Personaliti TV3, Nik Suryani

Saiful Bukhari akan berkahwin dengan personaliti TV3 yang pernah bertugas di meja jenayah dan politik di stesen TV tersebut. Gadis yang dimaksudkan adalah Nik Suryani Megat Deraman. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Saiful Bukhari Bakal Kahwin Personaliti TV3, Nik Suryani

Nik Suryani Megat Deraman turut mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lebih lanjut.

Saiful Bukhari Bakal Kahwin Personaliti TV3, Nik Suryani

Menurut sumber dari TV3, pasangan ini telah berkenalan selepas perbicaraan kes berkaitan dengan Saiful dan Datuk Seri Anwar selesai. Dikhabarkan hubungan cinta mereka bermula apabila Saiful Bukhari sendiri menegur dan berkenalan dengan Nik Suryani di sebuah restoran.