Tiz Zaqyah Akui Bersosial Di Kelab Malam – Ekoran memuat naik gambar-gambarnya bersosial di kelab bersama kekasih dan teman-temannya termasuk beberapa teman artis seperti pelakon Faradhiya dan Ramona Zam Zam, pelakon jelita, Tiz Zaqyah dihimpit reaksi kurang senang peminatnya akan aktivitinya itu.

Tiz Zaqyah Akui Bersosial Di Kelab Malam

Mereka turut melabelkan dirinya sebagai seorang yang gemar bersosial. Walaupun berat untuk membuka mulut bagi memperjelaskan mengenai isu itu namun aktress ini tidak menafikan dakwaan tersebut.

Menurut aktress putih gebu ini, beliau tidak mahu bersifat hipokrit terhadap dirinya dan juga peminat kerana beliau sedar jika menafikan perkara tersebut ia akan mendatangkan kesan lain apabila gambarnya bersama teman lelaki dan teman-temannya bersosial di kelab malam di muat naik.

Namun Tiz menyarankan agar perkara negatif yang dilakukan olehnya tidak diikuti oleh peminat di luar sana.

“Saya bukan idola tetapi hanya seorang pelakon yang mahu juga merasai kehidupan sebenar seperti insan-insan lain yang keluar berhibur bersama kekasih dan kawan-kawan,” ujarnya.

Tambahnya, beliau mengharapkan mereka tidak sewenangnya melabelkan dirinya jahat dan liar apabila melihat gambar-gambarnya itu.

“Gambar tersebut hanya menunjukan 10 peratus kehidupan saya dan saya percaya peminat pada masa kini lebih terbuka. Mereka juga diharapkan bijak membuat penilaian terhadap saya,” katanya.