Yuna Berkolaborasi Dengan Owl City Untuk OST Filem Animasi The Croods
Yuna Berkolaborasi Dengan Owl City Untuk OST Filem Animasi The Croods
Yuna Berkolaborasi Dengan Owl City Untuk OST Filem Animasi The Croods – Nampak gayanya semakin bersinar kerjaya Yunaliz Zarai dalam bidang nyayian yang kini sedang bertapak di bumi Amerika Syarika. Terbaru di khabarkan pelantun Terukir Di Bintang ini berkolaborasi dengan bukan calang-calang iaitu Owl City.

Sebelum ini dimaklumkan lagu Yuna sudah beberapa kali digunakan oleh produksi Hollywood dan terbaru beliau dipilih untuk bekerjasama dengan Owl City untuk sebuah runut bunyi filem animasi, The Croods.
Owl City pernah menyumbangkan karya beliau untuk dua filem animasi berskala besar sebelum ini iaitu Legend Of The Guardians dan Wreck-It Ralph, kali ini tampil dengan Shine Your Way.