Yuna Kolaborasi Dengan Big Bang Untuk Kakaotalk? – Nampak gayanya semakin murah rezeki pelantun lagu Terukir Di Bintang, Yunalis Zarai  apabila perkhabaran terbaru yang di dengari bahawa penyanyi kesayangan ramai ini berkolaborasi dengan dengan kumpulan sensasi dari Korea Selatan.

Yuna Kolaborasi Dengan Big Bang Untuk Kakaotalk?

Menerusi laman Twitter penyanyi ini, beliau telah menulis mesej memberitahu yang beliau baru sahaja selesai menjalani penggambaran iklan komersial untuk satu aplikasi pesanan telefon pintar, ‘Kakaotalk’ dan disertakan hashtag penuh makna KakaoTalkXBigBang.

Apa yang lebih istimewanya, Big Bang adalah kumpulan sensasi Korea Selatan. Kumpulan tersebut yang popular dengan lagu Fantastic Baby pernah beberapa kali berkolabrasi dengan artis negara lain dan mungkin kali ini giliran Yuna pula untuk mereka berkerjasama.

Yuna Kolaborasi Dengan Big Bang Untuk Kakaotalk?Namun setakat ini belum ada berita rasmi mengenai projek kolaborasi tersebut. Tapi jika ianya adalah benar pastinya disambut baik oleh peminat Yuna dan juga peminat K-Pop di tanah air.

Kalau betullah terjadi kolaborasi ini, pasti ianya akan membuka ruang untuk Yuna menunjukkan bakatnya di Korea pula.