Zhafran Dan Fouziah Ghous Rancang Tunang Jun Ini – Beberapa hari lalu tersebar foto kekasih pelakon jelita Fouziah Ghous dan kini kekasihnya itu, Zhafran Yusof mendedahkan ingin bertunang dengan aktress tersebut pada Jun tahun ini.

Zhafran Dan Fouziah Ghous Rancang Tunang Jun Ini

Menurut Zhafran yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, beliau bercadang untuk bertunang pada Jun ini dan akan berkahwin pada September nanti selepas hari raya.

Tambahnya, keserasian diantara beliau dan pelakon jelita itu membuatkan dirinya tidak teragak-agak untuk berkahwin dengan pelakon tersebut.

“Chemistry di antara kami sangat kuat dan daripada itu hati saya kuat mengatakan dia adalah calon yang tepat untuk menjadi pasangan hidup saya, kerana itu kami bercadang untuk mempercepatkan pernikahan,” jelasnya.

Jelas Zhafran, kerjaya dan minat bakal isterinya itu tidak akan dihalang walaupun sudah berkahwin nanti.