Aaron Aziz Pernah Berlakon Dan Menari Dalam Siri ‘Cinta Bollywood’

Aaron Aziz Pernah Berlakon Dan Menari Dalam Siri ‘Cinta Bollywood’

Aaron Aziz Pernah Berlakon Dan Menari Dalam Siri ‘Cinta Bollywood’

Bukan selalu kita dapat mengimbau semula awal-awal pembabitan selebriti yang kelihatan jauh dari apa mereka kelihatan sekarang. Baru-baru ini, video lama yang merupakan video lakonan awal Aaron Aziz telah didedahkan di YouTube. Ia merupakan tayangan di Singapura dan menunjukkan Aaron Aziz yang kelihatan amat muda.

Video ini adalah merupakan sedutan dari drama ‘Cinta Bollywood’ menunjukkan Aaron membuat tarian Bollywood dan kelihatan agak keras pergerakannya. Agak kelakar jugalah bila dilihat. Tengok di sini : http://www.youtube.com/watch?v=HAxxdWq9Rlg#t=187

Drama ini khabarnya telah membantu menaikkan nama Aaron Aziz tetapi juga memberi peluang kepada dia untuk membawa pulang anugerah Best Male Actor in Supporting Role dalam (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dalam Anugerah Pesta Perdana 2002.

Pada sekitar 2004-2005 barulah Aaron Aziz berpeluang berlakon dalam drama terbitan Malaysia sehingga ada tawaran demi tawaran yang diterimanya dari syarikat produksi di Malaysia.

Aaron memang mula dari bawahkan?

Sekarang lihatlah kejayaan beliau. Mungkin ini boleh memberi inspirasi sedikit sebanyak kepada pelakon-pelakon baru. Kalau anda mahu saksikan siri ini, bolehlah cari di YouTube.


MyArtis.My