Category Archive : Default

Aaron Aziz Pernah Berlakon Dan Menari Dalam Siri ‘Cinta Bollywood’

Aaron Aziz Pernah Berlakon Dan Menari Dalam Siri ‘Cinta Bollywood’

Bukan selalu kita dapat mengimbau semula awal-awal pembabitan selebriti yang kelihatan jauh dari apa mereka kelihatan sekarang. Baru-baru ini, video lama yang merupakan video lakonan awal Aaron Aziz telah didedahkan di YouTube. Ia merupakan tayangan di Singapura dan menunjukkan Aaron Aziz yang kelihatan amat muda.

Video ini adalah merupakan sedutan dari drama ‘Cinta Bollywood’ menunjukkan Aaron membuat tarian Bollywood dan kelihatan agak keras pergerakannya. Agak kelakar jugalah bila dilihat. Tengok di sini : http://www.youtube.com/watch?v=HAxxdWq9Rlg#t=187

Drama ini khabarnya telah membantu menaikkan nama Aaron Aziz tetapi juga memberi peluang kepada dia untuk membawa pulang anugerah Best Male Actor in Supporting Role dalam (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dalam Anugerah Pesta Perdana 2002.

Pada sekitar 2004-2005 barulah Aaron Aziz berpeluang berlakon dalam drama terbitan Malaysia sehingga ada tawaran demi tawaran yang diterimanya dari syarikat produksi di Malaysia.

Aaron memang mula dari bawahkan?

Sekarang lihatlah kejayaan beliau. Mungkin ini boleh memberi inspirasi sedikit sebanyak kepada pelakon-pelakon baru. Kalau anda mahu saksikan siri ini, bolehlah cari di YouTube.…

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2014 (APM2014)

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2014 (APM2014)

Tahniah buat pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2014 terutamanya wakil dari Malaysia yang berjaya membanggakan negara. Dato Siti Nurhaliza, Wings dan Fynn Jamal adalah antara nama-nama yang berjaya merangkul anugerah masing-masing.

Acara itu dihoskan oleh Dyn Norahim, Nabil Ahmad dan Sarah Sechan dihadapan 3,500 penonton.

Penganjuran anugerah gemilang itu dianjurkan sejak 2001 bagi mengiktiraf bakat industri muzik Melayu dari tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan 19 kategori dipertandingkan.

Berikut adalah senarai pemenang :

Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2014

Artis Baru Terbaik (Lelaki)

Tulus – artis terbaru dari Indonesia

Artis Baru Terbaik (Wanita)

Fynn Jamal

Nova Media Sosial

Khareez Kasbulah

Ikon Media Sosial

Taufik Batisah

Artis Paling Popular (Singapura)

Taufik Batisah

Lagu Paling Popular (Singapura)

Ikrar Kasih – Taufiq Batisah

Lagu Paling Popular APM

Dia Dia Dia – Fatin Shidqia Lubis

Artis Paling Popular (APM)

Noah

Band Terbaik

Noah

Kolaborasi Terbaik (Artis)

Kalau aku kaya- Awi Rafael Dan Altimet

Kolaborasi Terbaik (Lagu)

Mimpi – Aisyah Aziz

Artis Terbaik (Lelaki)

Judika

Artis Terbaik (Wanita)

Datuk Siti Nurhaliza

Duo / Kumpulan Terbaik APM 2014

Hafiz dan Rossa

Lagu Terbaik Singapura

Tiada Pengganti – Sufie Rashid

Lagu Terbaik Malaysia

Lebih Indah – Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Terbaik Indonesia

Setelah Kau Tiada – Cakra Khan

Lagu Terbaik APM

Setelah Kau Tiada – Cakra Khan

Anugerah Khas Planet Muzik

Wings…

Foto Majlis Akikah Anak Linda Rafar & Syed Aiman

Foto Majlis Akikah Anak Linda Rafar & Syed Aiman

BEKAS anggota kumpulan Elite, Linda Rafar dan suami, Syed Aiman hari ini mengadakan majlis akikah buat anak ketiga pasangan tersebut, Syed Rizaliif Syed Kamaruzaman.

Majlis bertemakan warna hijau itu dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat pasangan selebriti terbabit.

Syed Rizaliif dilahirkan secara pembedahan pada 8 April di Hospital Gleneagles, Ampang.

Linda dan Aiman mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki, Syed Rezaqiib, 8, dan Syed Rezariiq, 5. – MYNEWSHUB.CC

Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter?

Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter?

Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter? – Kami tidak pasti berapa ramai antara anda yang perasan, namun Shila Amzah ada katakan sesuatu pada minit ke 145 Anugerah Planet Muzik 2012 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter?

“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya, dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya. Saya tak tahu mana dia pergi.” ujar Shila Amzah.

Kenyataan itu di’buat sebelum beliau menyampaikan anugerah Lagu Terbaik & kami ingatkan Shila Amzah sekadar bergurau sehinggalah terbaca respons Sharnaaz Ahmad di Twitter.

Seorang peminat di forum Cari melampirkan screenshot tulisan Sharnaaz Ahmad yang tidak berpuashati dengan Taufik Batisah dan kemungkinan juga terhadap Shila Amzah.

Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter?
Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah, Lepas Geram Di Laman Twitter?

Ada dua kemungkinan dalam kes lepas geram Sharnaaz Ahmad kali ini, sama ada beliau memang cemburu dengan Taufik Batisah atau kurang senang dengan gurauan Shila Amzah.

Namun, Sharnaaz Ahmad telah pun memadam tulisan tersebut dan mendakwa seseorang telah menceroboh akaun Twitter beliau pada pagi semalam sekitar 6.30 pagi. Betul ke?

Sumber

Oleh : MyArtis.My

Gambar Mamat dan Kekasih Baru

Gambar Mamat dan Kekasih Baru 

Setelah putus cinta kira-kira 2 tahun lalu, nama Mamat semakin jarang didengar dalam dunia hiburan tanah air. Pada malam Anugerah Lawak Warna yang berlangsung bebarapa hari lalu, Mamat tampil bersama kekasih barunya yang dikenali dengan nama,  Nurul Syafiqah Zakaria.

Meskipun sedang menjalinkan hubungan cinta namun Mamat mengakui masih belum memikirkan hal kahwin kerana mahu buah hatinya itu menumpukan pada pengajiannya terlebih dahulu.

“Dia sedang mengikuti pengajian dalam bidang International Business di MSU Shah Alam jadi saya mahu dia habiskan belajar dahulu dan bila sudah selesai baru kita rancang agenda seterusnya. Kalau saya nak kahwin mesti saya umumkan,” ujarnya yang sudah lebih setahun mengenali Syafiqah.

Dalam pada itu, pelawak ini turut mengakui pada mulanya hubungan mereka biasa sahaja namun lama kelamaan timbul keserasian di antara mereka berdua sehinggala timbulnya bibik-bibik cinta.

Mengulas mengenai perkembangan terbarunya, Mamat menyatakan dia bakal membuat kemunculan semula bersama Rahim R2 dan Munir dalam pentas Maharaja Lawak Mega pada November ini dengan menggelarkan kumpulan mereka, KUCAI.…

Bront Palarae Akui Sudah Berkahwin, Sabtu Lalu

Bront Palarae Akui Sudah Berkahwin, Sabtu Lalu –

Selepas berdolak-dalik mengenai kesahihan berita perkahwinan, akhinya, Bront Palarae mengakui sudah bernikah pada hari Sabtu lalu bersamaan dengan 31 Ogos.

Pengakuan tersebut dibuat oleh aktor berkenaan menerusi Yahoo! Malaysia dan dia memohon maaf kepada semua pihak kerana merahsiakan berita perkahwinannya baru-baru ini.

“Ya, saya mengaku sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja.”

“Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa isterinya merupakan seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur dan mereka mula berkenalan pada 1999 ketika masing masing baru memulakan kerjaya.…

Farah Asyikin Sah Cerai Talak Satu, Bayar Tebus Talak RM100

PENYANYI

Farah Asyikin disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley secara tebus talak di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah telah memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak kepada Zaahier yang berasal dari Afrika Selatan sebanyak RM100.

Memetik sumber mStar, Farah diwakili peguam syarie, Siti Maisyarah Hashim.

Selebriti itu memfailkan penceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.

Farah dan Zaahier bernikah pada 15 Februari 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ebrahim Owais, dua tahun. – MYNEWSHUB.CC…

Pencuri Duit RM50,000 milik Lisa Surihani Sudah Di Ketahui

Pencuri Duit RM50,000 milik Lisa Surihani Sudah Di Ketahui –

Berhubung kes kehilangan wang sebanyak RM50,000 milik Lisa Surihani yang lesap dari akaun bank beliau kini pihak polis sudah menahan seorang wanita yang merupakan seorang kakitangan bank.

Pencuri Duit RM50,000 milik Lisa Surihani Sudah Di Ketahui

Laporan tersebut telah disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial K. Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Tertuduh yang merupakan kakitangan bank itu telah membuat pembatalan pada kad ATM milik Lisa Surihani kemudian membuat salinan kad ATM yang baru. Setelah itu, kakitangan bank tersebut telah melakukan pengeluaran wang berjumlah RM50,000 dari akaun Lisa.

Lisa yang turut mengulas mengenai perkembangan terbaru ini berkata, beliau sangat bersyukur kerana kes ini sudah hampir selesai dengan tertangkapnya individu tersebut dan sangat menghargai kerjasama yang diberikan oleh polis dan bank.

Oleh: MyArtis.My

Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya

Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya –  

Umumnya mengetahui bahawa tahun ini merupakan tahun pertama buat penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek menyambut Aidilfitri bersama dengan isterinya, Leuniey Natasha.

Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya

Tatkala melihat foto Leuniey, nampak gayanya semakin berseri-seri mukanya sejak mengandung ini. Dibawah kami kongsikan lagi gambar pasangan hangat ini.

Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya
Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya
Gambar Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Sambut Hari Raya

Tyzo Suria Fm Diberhentikan Kontrak Tanpa Notis!

Tyzo Suria Fm Diberhentikan Kontrak Tanpa Notis! –

DJ popular Suria Fm iaitu Tyzo dikhabarkan telah diberhentikan dari menjadi DJ di Suria Fm. berikutan itu, Tyzo tampil meluahkan rasa ketidakpuasan hati beliau kepada media baru-baru ini :

Tyzo Suria Fm Diberhentikan Kontrak Tanpa Notis!

“Saya dipanggil pengurus program Suria FM yang baru, Adiwati Zainuddin pada 31 Disember yang lalu, Saya tidak menyangka itulah titik terakhir selepas lebih enam tahun bersama stesen radio tersebut, saya akui kontrak saya tamat pada hari berkenaan, tapi, selalunya diperbaharui, apa yang dikesalkan, kenapa mereka tidak memberitahu saya tanpa sebarang notis awal? Mereka menyingkirkan saya begitu saja.”

“Terkejut dan marah dah bercampur baur, saya bukannya orang baru di SuriaFM, kenapa aniaya saya? alasan yang diberikan , kehadiran saya tidak sesuai dengan halatuju SuriaFM pada 2013. Saya tidak faham, jika gaya penyampaian saya tidak kena, sila beri tunjuk ajar, bukannya buang saya macam sampah!”

“Saya tahu saya tidaklah popular mana, tapi takkan tiada sedikitpun jasa saya menaikkan rating pendengar sehingga Suria FM berada pada tahap hari ini. Jika kehadiran saya tidak relean, tukar saja di bahagian lain.”

“Saya tak kisah, asalkan saya masih ada kerja, biarpun tugasan baru bukan jiwa saya, tapi saya akan berusaha mengalas tanggungjawab yang diberi. Mungkin selepas itu, saya akan perlahan-lahan mencari peluang lain. Tapi, menyingkirkan saya adalah tindakan penganiayaan.”

“Berperikemanusiaan sikit, saya banyak tanggungjawab, kena bayar ansuran rumah, kereta dan menanggung ibu yang tidak sihat di kampung.”

“Bagaimana perasaan anda apabila hilang kerja dalam sekelip mata? Saya tertekan, saya bukannya ada kerja lain, selain tugas sebagai penyampai Suria FM.”

“Cara mereka menamatkan kontrak saya cukup menyedihkan, jika diberi notis awal, sekurang-kurangnya saya bersedia. ini tidak, saya terpinga-pinga apabila diberitahu kontrak tamat dan tidak perlu bertugas lagi.”

“Saya tidak kisah jika ditendang kerana saya punya rekod displin, tidak hadir kerja tanpa sebab atau mengambil cuti sakit tanpa surat. Entahlah, saya pun tak tahu nak buat apa sekarang. Jiwa saya tertekan sangat.

“Syarikat berjanji mahu membayar gaji saya sehingga hujung bulan ini, tapi itu janji mulut, saya sudah tamat kontrak takkan mereka nak bayar gaji saya lagi.”

Apapun apa yang kami hendak katakan, sepatutnya pihak pengurusan perlu memberi maklum balas awal, janganlah memberhentikan kerja orang sesuka hati, hal ini kerana boleh disifatkan kejam terhadap seseorang. sedih jugak kami mendengar luahan hati daripada beliau.

Oleh itu, marilah kita sama-sama doakan semoga Tyzo peroleh perkerjaan lain bagi menampung beban yang ditanggungnya sekarang.

Oleh : MyArtis.My

Kisah Murtad Pelakon Sinetron, Asmirandah Gemparkan Indonesia

BUANG emak, buang saudara… kerana cinta hamba turutkan.

Model jelita Indonesia yang bernama Asmirandah Zantman ini cukup popular di republik itu sebagai penyanyi dan pelakon sinetron terkenal.

Namun siapa sangka, di sebalik wajah menawan itu dia sebenarnya tergamak melakukan sesuatu yang melanggar batas sebagai seorang Muslim!

Asmirandah atau mesra disapa Andah, telah berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, aktor Jonas Rivanno sejak 17 Oktober 2013.

Bagaimanapun, beberapa minggu selepas Jonas memeluk Islam untuk berkahwin dengan Andah, lelaki itu telah bertindak kembali kepada agama asalnya.

Pelbagai kesukaran berlaku selepas itu akibat perbezaan agama pasangan ini sehingga Andah pernah membatalkan perkahwinan mereka kerana tidak tahan menerima tempelak masyarakat.

Akhirnya, akibat cintanya terhadap sang lelaki lebih menebal daripada sayangnya kepada ibu bapa dan Islam, Andah telah mengambil keputusan untuk mengikuti suaminya menganut Kristian.

Pasangan itu kemudiannya berkahwin mengikut kepercayaan Kristian di Singapura pada bulan Disember tahun yang sama.

Berita penukaran pegangan agama selebriti Indonesia bukanlah sesuatu yang baharu, namun pemurtadan Andah ini ternyata menggemparkan industri hiburan negara tersebut.

Dalam kekecohan peminat terhadap keputusan mengejut Andah ini, wanita cantik itu tetap tenang menghadapi kritikan dan kecaman orang ramai terhadapnya.

Malah, dia juga tampak yakin benar dengan akidah baharunya itu dan sering dilihat menghadiri majlis-majlis keagamaan bersama suaminya.

Bukan setakat itu, Andah juga telah mengeluarkan lagu duet berunsur ketuhanan bersama Jonas yang bertajuk ‘Yesus Aku Cinta’ – satu tindakan yang seakan-akan ‘mendeklarasi’ status pegangannya kini.

AIR MATA IBU BUAT SI ANAK YANG MURTAD

Hati ibu mana yang tidak luluh melihat anak perempuan yang dididik dengan ajaran Islam daripada kecil, sanggup meninggalkan agama semata-mata mahu meraih cinta lelaki.

Ibu Andah dikatakan menangis tidak henti-henti apabila mendengar keputusan Andah untuk memeluk Kristian kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan Jonas.

Dan Jonas pula sebagai manusia, langsung tidak mengendahkan perasaan wanita yang melahirkan isterinya.

Bagaimanapun, ayah Andah, Anton Zantman, telah menerima seadanya keputusan anaknya itu.

Dalam satu laporan media Indonesia, Anton berkata dia memang terluka, namun Andah tetap anaknya dan setiap manusia perlu diberi pilihan.

“Saya menghormati keputusannya bertukar agama. Saya amat bangga dengannya; dia berbakat dalam nyanyian, lakonan dan peragaan.

“Dia telah jadi anak yang terbaik untuk saya dan saya mahu dia gembira. Jonas juga seorang lelaki yang baik.”

Kebahagiaan suami isteri ini dilanda badai apabila Jonas telah mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga kediaman mereka yang terletak di wilayah Cibubur, Jakarta itu terpaksa dilelong dengan harga bawah paras pasaran.

MISKIN SELEPAS MURTAD

Dengan kontroversi yang dicipta oleh mereka sendiri itu, tidak hairanlah pendapatan mereka terjejas.

Jika suatu ketika dahulu mereka berdua merupakan pasangan paling diminati bagi peminat sinetron, hal peribadi kini menjadi lebih besar daripada karier mereka.

Dan isu itu terpalit pada sumber pencarian pasangan tersebut.

Kebahagiaan suami isteri ini dilanda badai apabila Jonas telah mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga kediaman mereka yang terletak di wilayah Cibubur, Jakarta itu terpaksa dilelong dengan harga bawah paras pasaran.

Malah keadaan menjadi lebih sukar untuk mereka apabila rumah Andah juga terpaksa dijual bagi menampung kehidupan mereka.

Pasangan ini tidak lagi tampil di majlis-majlis hiburan tempatan dan tiada produk terbaharu daripada mereka setakat artikel ini ditulis.

Kisah Andah, wanita cantik yang ada segalanya namun sanggup memusnahkannya kerana cinta seorang pria ini harus dijadikan teladan buat gadis-gadis di luar sana agar tidak gadai keluarga serta agama hanya kerana cinta! – MYNEWSHUB.CC…

Fara Mendoza Berkucupan Mesra Di Lokasi Penggambaran?

SELEPAS

namanya terkait kontroversi berikutan imej seksi serta isu hangat dengan pelakon Fizz Fairuz, pelakon baru Fara Mendoza kini tampil lagi dengan isu panas terbaharu.

Menerusi gosip yang disebarkan di laman Instagram Miss Kepoh, Fara dikatakan bercium mesra dengan penyanyi baru, Zwenstar ketika penggambaran muzik video Ku Tahu yang mana dia menjadi model untuk lagu tersebut.

Tapi rasanya mereka tidak betul-betul berkucupan sebaliknya teknik trick kamera sahaja ni.. cuma agak musykil juga mengapa sampai begini aksi yang diperlukan untuk cuma sebuah video muzik.

Apa-apa pun, rasanya gambar ‘panas’ di atas pasti menghangatkan lagi nama Fara di persada seni hiburan tempatan selepas ini.

Mungkin selepas melihat betapa realistiknya lakonan Fara dalam muzik video ini, pengarah dan penerbit di luar sana mula buka mata untuk mengambilnya berlakon dalam drama mahupun filem terbitan mereka selepas ini, siapa tahu? – MYNEWSHUB.CC…

Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini

ALAMAK

makin lama, makin panas konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Mana tidaknya, masing-masing dilihat tidak mahu mengalah dan saling sindir-menyindir sesama sendiri menerusi medium laman Instagram.

Semuanya bermula apabila aktres jelita itu mendedahkan Aidil masih belum melangsaikan bayaran mutaahnya bernilai RM30,000 meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah.

Kalau semalam, Aidil menyelar kenyataan Rita dengan ayat yang berbunyi, ‘Nak duit ke, nak mempertahankan maruah?’. Kali ini, giliran Rita pula tampil membidas kenyataan tersebut dengan ayat yang begitu pedas sekali.

“Betul ke tak dapat surat? Ke tak reti baca? Memang saya perjuangkan maruah.. tapi nama pun ARTIS.. mesti la reporter cari.. bukan macam kau, pergi cari reporter nak bagitau cerita!

“So dah reporter tanya ‘dia dah bayar belum?’ Takkan saya nak jawab ‘dah’ walaupun belum.. saya bukan kaki kelentong macam kau.. kat mahkamah pun kau cakap menipu!

“Sehelai spender aku pun kau tak pernah beli or sebiji gula Hacks pun ko tak pernah beli tapi kat mahkamah kau cakap semua baju dan alat mekap aku ko beli.

“Kau nak tau kenapa kau kalah dan kenapa ALLAH tak tolong ko? Sebab hidup kau asyik menipu dan aniaya orang!

“Aku dari mula kawan dengan kau dan kawen dengan kau, aku tak pernah ambil atau guna duit kau! Kau masuk rumah pun kau just cuci kaki bawa baju kau je!

“Aku rasa kau pun ingat lagi kan siapa yang banyak sara siapa dulu! Walau pun ko buat-buat lupa tapi ALLAH tak lupa,” tulis Rita.

Nampaknya Rita betul-betul bengang dan berang dengan pemain bola sepak tersebut hingga habis semua cerita rumah tangga mereka dahulu dibongkar.

Jika difikirkan, tidak hairanlah mengapa ibu tunggal dua anak ini begitu marah dengan bekas suaminya.

Diharapkan Aidil cepat-cepatlah melangsaikan hutangnya agar semua persengketaan ini dapat diselesaikan segera. Tambahan pula, rasanya gaji Aidil pun lebih daripada cukup untuk membayar wang tuntutan Rita. – MYNEWSHUB.CC…

Inilah Hajat TIDAK KESAMPAIAN Arwah Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia!

Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.

Menurut Yus, dia memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.

“Persiapan itu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai. Dia merupakan model sambilan dan juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat. Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya. Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu,” katanya ketika ditemui di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha pada Sabtu.

Mengulas mengenai perkenalan mereka Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo, 38, memberitahu mereka berkenalan melalui Facebook dan sewaktu pertama kali bertemu wanita itu telah berjaya menambat hatinya.

“Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa. Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.

Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.

Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya,” ujarnya ketawa.

Tambah Yus lagi, dia sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun menyerahkan segalanya kepada takdir. Teruja tu memang teruja, tapi saya buat relax saja sebab benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan tuhan.

Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.

Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar. Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya,” ulasnya. Bercerita mengenai majlis perkahwinan, Yus berkata dia telah merancang untuk membuat majlis bertemakan ala kampung semasa resepsi untuk pihak lelaki.

Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu, Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

“Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka, Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok. Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.

Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan,” katanya mengakhiri perbualan.…

Arwah Pak Yus Tukar Lirik “Aku Melawak Bukan Kerana Nama” Ketika Konsert Raja Band

Pelawak Helmi The Gimmick memberitahu nyanyian terakhir Allahyarham Yus Jambu ketika di Konsert Raja Band yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam semalam (Ahad) sangat menyentuh perasaan penonton. Arwah menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Ramli Sarip berjudul Bukan Kerana Nama, namun ditukar lirik yang menyelitkan beberapa nasihat kepada orang ramai.

“Ketika dia menyanyi lagu tersebut saya sendiri rasa sebak kerana cara nyanyian serta lagu tersebut diubah liriknya seperti memberi nasihat buat kali terakhir. Lagu yang sepatutnya dinyanyikan lirik ‘aku menulis bukan kerana nama’, ditukar kepada ‘aku melawak bukan kerana nama’ serta lirik lain yang banyak menyentuh nasihat. Saya tidak sangka itu adalah kali terakhir saya berkongsi pentas dengannya,” katanya.

Arwah juga difahamkan tidak banyak bercakap dan kelihatan pucat sepanjang persembahan malam itu.

“Dia sangat lain, selalu jika saya melawak dengannya pasti dia sambut, tetapi tidak semalam. Dia banyak diam dan wajahnya pucat. Saya tanya adakah dia tidak sihat, namun katanya, dia agak penat. Saya kenal dia ketika satu pentas Raja Lawak musim pertama dan dia seorang yang suka menyendiri. Ketika di hospital semalam pun saya ada bertanya kepada keluarganya tentang penyakit tersebut. Keluarganya mengakui dia ada mengihidap sakit jantung dan asma,” katanya lagi.

Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, terkejut apabila dimaklumkan tentang berita pemergian pelawak yang banyak memberi kerjasama dengan Karyawan. Katanya, sebagai penganjur, dia juga agak terkilan kerana tidak dimaklumkan tentang penyakit pelawak tersebut.

“Kita kehilangan seorang bintang yang sentiasa beri sokongan kepada Karyawan. Allahyarham tidak pernah menolak jika diminta membantu sebarang majlis anjuran Karyawan. Secara jujur memang ada sedikit kesal kerana tidak tahu dia ada masalah kesihatan, kalau tahu kita tidak minta dia nyanyi banyak lagu malam tadi, namun ajal maut itu sudah ditentukan tuhan,” ujarnya.…

Penjual Insurans ‘Petik’ Nama Arwah Yus Minta Maaf

BOLEH dikatakan, satu negara berasa terkejut apabila mendapat tahu berita kematian pelawak, Yus Jambu yang menghembuskan nafas terakhirnya, awal pagi tadi.

Allahyarham Yus atau nama sebenarnya, Yusry Edoo, 39, meninggal dunia di Hospital Selayang selepas mengadu kurang selesa dan sesak nafas ketika dalam perjalanan pulang selepas mengadakan persembahan di Dataran Merdeka sebelum itu.

Selama ini tak pernah pula didengar sebarang berita menyatakan allahyarham mempunyai masalah kesihatan yang serius, itulah antara bisikan hati kebanyakan kita.

Hal ini sekaligus mengingatkan kita supaya sentiasa peka dengan kesihatan diri dan pada masa sama, beringat bahawa kematian boleh menjengah kita bila-bila masa sahaja.

Bagaimanapun, cukuplah peringatan tersebut berlegar sebagai ingatan dalam diri masing-masing sahaja, tak perlu dikongsikan dengan orang lain apatah lagi bersama ‘iklan’ yang mendatangkan kepentingan kepada diri.

Contohnya perbuatan brader ini, yang mungkin berasakan tindakannya dapat menyebarkan kebaikan membeli insurans kepada orang lain tetapi sebaliknya ia lebih menampakkan dirinya sebagai seorang yang tidak sensitif.

Akibatnya teruk dia kena ‘bahan’ dengan netizen terutama peminat arwah.

Menyedari tindakannya itu mengundang perasaan kurang senang ramai orang, penjual insurans tersebut akhirnya meminta maaf atas tindakannya.

Tak apalah, yang penting dia sedar kesilapan diri dan sanggup minta maaf.

Sama-sama kita jadikan pengajaran, sebelum buat sesuatu fikirkan dengan mendalam dahulu apakah ianya boleh menyinggung perasaan orang lain ataupun tidak.

Maklumlah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. – MYNEWSHUB.CC…

Keajaiban Berlaku Semasa Menghantar Jenazah Pak Yus Di Perlis!

Dibawah adalah screenshot yang menyatakan perkara-perkara yang berlaku ketika proses mengebumikan arwah Pak Yus. Subhanallah..


MyArtis.My