
Assalamua’alaikum dan salam sejahtera.
Kami daripada News Media Network ingin menawarkan kerja kepada sesiapa yang berminat dan serius sahaja.
Ciri-Ciri Penulis Yang Dikehendaki :
- Lebih baik jika anda tidak mempunyai kerja tetap yang lain kerana kami bimbang kerja anda yang sedia ada akan mengganggu komitmen anda untuk menulis di MyArtis.My.
- Mempunyai penggunaan Bahasa Melayu yang tinggi dan kosa kata yang bagus untuk menulis di dalam kategori artis di dalam Malaysia atau luar negara.
- Lebih baik jika anda berpengalaman di dalam WordPress.
- Dapat memberikan komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan kerja anda pada waktu yang ditetapkan.
- Selalu ‘alert’ dengan perkembangan artis yang terkini.
- Boleh menulis sekurang-kurangnya 3 artikel dan tidak melebihi 5 artikel sehari.
- Boleh menulis mulai jam 8.00 pagi, dan waktu untuk post 3-5 artikel tersebut adalah pada lingkungan 8.00 pagi sehingga 12 malam untuk hari tersebut. (Tolong fahami betul-betul perkara ini, bukannya anda perlu bekerja bermula 8 pagi sehingga 12 malam, tetapi waktu untuk post artikel-artikel tersebut adalah dalam lingkungan 8 pagi sehingga 12 malam. Jika anda menyiapkan kerja anda lebih awal, maka anda pun boleh berehat lebih awal.)
- Jika terdapat perkembangan artis yang baru, dan artikel tersebut dianggap artikel yang menarik perhatian atau kata lainnya artikel yang ‘hot’, anda WAJIB untuk post artikel baru tersebut biarpun artikel yang anda post pada hari itu sudah mencapai 5 artikel.
- Anda dibenarkan post lebih dari 5 artikel sehari bergantung kepada keadaan. (*Lihat diatas.)
- Tiada cuti yang akan diberikan kecuali hari yang betul-betul dianggap penting untuk bercuti. (Contohnya Hari Raya, kecemasan dan lain-lain yang dianggap munasabah.)
Garis Panduan Untuk Menulis :
- Anda boleh mengambil berita dari website-website yang lain tetapi kandungan perlulah diubahsuai 100% terlebih dahulu. (Kandungan tidak dibenarkan 100% copy paste)
- Menulis dengan menggunakan kosa kata yang betul dan jelas.
- Gaya penulisan mestilah professional dan ayat yang dibuat mestilah seperti di surat khabar atau majalah.
Bayaran :
- Bayaran akan diberikan mengikut jumlah artikel yang ditulis.
- Tangga gaji boleh menaik dan menurun tanpa notis mengikut kualiti penulisan dan komitmen anda. Jika penulisan semakin bagus, tangga gaji akan menaik. Tiada jaminan bila tangga gaji akan dinaikkan. So better buat yang terbaik dalam penulisan dan komitmen anda.
- Bayaran akan dibuat setiap awal bulan dalam lingkungan 1 haribulan sehingga 15 haribulan. (Normally 1hb to 7hb)
- Jika anda tidak memberikan komitmen, kerjasama atau tidak mengikuti peraturan, artikel-artikel yang ditulis tidak akan dibayar pada awal bulan yang berikutnya.
Tangga Gaji :
- Tangga gaji 1 – Maksimum RM450/sebulan (permulaan)
- Tangga gaji 2 – Maksimum RM600/sebulan
- Tangga gaji 3 – Maksimum RM750/sebulan
- Tidak mustahil tangga gaji akan dinaikkan lagi ke tangga gaji ke-4 dan yang seterusnya jika gaya penulisan sangat memuaskan dan dapat menarik perhatian pembaca.
Anda akan dinilai dari segi komitmen, kualiti penulisan, kerjasama dan kebolehan anda sebelum anda dinaikkan tangga gaji.
Jika berminat, anda boleh hubungi kami melalui borang di bawah ini.
p/s : Sebelum apply, fahami dahulu Ciri-Ciri Penulis Yang Dikehendaki dan Garis Panduan Untuk Menulis di dalam atas ini ye